Wednesday, December 12, 2012

pengajaran..

Tak dinafikan..susu ibu ni memang bagus untuk baby.antibodi akan jadi lbh kuat..n orang kata..anak pun akan dengar kata klu diberi susu ibu ni.so far..alhamdulilah..irfan xpenah demam walaupun dah berkali2 dicucuk.tapi..harus diingat..apa yang ibu makan atau minum..akan ada kesan jugak pada si anak tu.dan itu la yg terjadi kat irfan..huuhuh.dek kerana kepentingan diri sendiri yang melantak rambutan n durian sampai lupa diri..kesannya..irfan kurang sihat 2 3 arini.dia batuk2 n bersin sekarang.waaaaaaa...sian anak ibu.dah tu..bukan buah2an tu je aku melantak..lately ni..ais pun aku dah kerap minum.ngan coolblog nyer..ngan bubbletea nyer.nampak x kekejaman di situ.huhuh.sedih tengok irfan batuk2 n bersin2.bila dah jadi macam tu..dia nak tido pun agak susah.n sapa gak yg terima padah........aku jugak!...mana x nyer..bila dia xdapat tido..aku pun xleh tido la..huwaaaaaaa....

so pengajaran nyer..sila la jauhkn diri ngan buah2 rambutan n durian ketika anda masih menyusukn badan.ais2 yg bisa mengoncangkan iman tu pun..sila la jauhkn.sedih..tapi demi anak aku..kena la bekorban gak..

irfan yang kurang bermaya


rindu ngan irfan yg ceria ni..uhuhuh

Sunday, December 9, 2012

meniarap!

8.12.2012

eyah..eyah..skit lg..kena berusaha ni!
yahuu..saya dah boleh meniarap!
 err..ibu..cmne saya nak baring balik ni..tolong!!!   

alhamdulilah..pada usia irfan 4bulan 6hari..dia dah boleh untuk meniarap.walaupun kepala dia xleh nak angkat lagi..tapi 1 perkembangan yang sgt baik utk baby prem macam irfan.

syukur!...

Monday, December 3, 2012

si kecil yang dah jadi montel..

semalam irfan genap 4bulan.ramai yg bertanya..irfan dah pandai apa.ok..irfan dah pandai senyum2 n bagi respon bila orang sembang2 ngan dia.dia pun banyak bunyi macam nak sama2 sembang.bawak pegi chekup semalam, berat dia dah naik..dah 5.2kg sekarang.wah..bayangkan korang kena bawak beras 5kilo ke hulu kehilir.beratttttt.memandangkan aku ni agak kering..so memang terasa la beratnya bila dukung dia.tapi alhamdulilah..irfan diberi kesihatan yang baik.setakat ni belum ada apa2 masalah lagi.susu untuk irfan pun..alhamdulilah cukup.berkat doa..usaha..n pengambilan supplement..teeheeeee.seboleh mgkn aku nak susukan irfan ngan susu ibu ni..sampai dia umur 2tahun.untuk suplement..aku amalkn produk shaklee.alhamdulilah sangat membantu.

tapi tah nape..2 3 ari lepas..irfan kurang menyusu.tapi yg guna botol la.ada sekali tu..1 botol je abis.bayangkn aku tgglkan dia hampir 9jam kat umah.balik2 umah..mak cakap dia minum sebotol je.hish..susah hati tul.tapi kalau secara direct..dia menyusu je cam biasa.mugkin irfan dah pandai kot.dia xnak minum guna botol..dia nak direct brestfeed.ohh sgt demand kot kalau camtu.n teruk la aku kalau betul dia nak macam tu.xpe2..akan aku paksa dia minum botol gak..ngade2

harap2 tu suma adalah perubahan sebab dia nak membesar.risau plak dia kurus kering klu xnak menyusu.oh yer..habit irfan sekarang ialah isap jari.dia punya isap jari..sampai berlumuih (tah betul ke x word tu..)

hehe..ok..xsabar tggu irfan panggil ibu

nyum2..sedapnya jari saye..     






Thursday, November 15, 2012

story hujung minggu

lately ni aku banyak amik cuti.bukan sehari dua..tapi direct seminggu terus.nak2 pulak..mood nak bekerja tu dah makin hilang..lagi la giat amik cuti.hasben pun dah mula merajuk ngan opis dia..sebab permohonan nak tukar tu xnampak bayang lagi.dia pun dah mula nak wat perangai ngan harapan bos dia xsuka dia dah n lepaskan dia untuk bertukar.keh2..xtau la leh pakai ke x teori tu.kitorang xbercuti ke mana pun..lebih banyak abiskan masa kat rumah.memandangkan irfan masih kecik..so kena bersabar la sket.lagipun kalau kuar jalan2..memang amik masa lama..sebab kejap2 berenti..melayan kerenah irfan yang nak menyusu la..berak la..xnak dok dalam stroller la..haih..macam2.kalau dulu..sekarang nak solat pun kena gilir2.tu yang payah kalau keluar tu.tapi kitaorang sempat gak menghabiskan masa mendaki cameron higland.tu pun orang2 tua bising kenapa bawak irfan masuk hutan.huhu..hutan ke..cameron tu ok wat..xde la hutan sangat.actually aku yang nak sangat naik cameron tu..nak tenangkan pikiran la konon.tu yg buat dek je apa orang sekeliling cakap.huhuhu..anak durhaka kan..kekeke.alhamdulilah irfan sihat je walaupun kemana ibu bawak.



irfan masuk kete je terus tido
tapi kuar kete terus melalak nak menyusu..huhuh..
ok..muka puas si irfan
merenung nasib 2 beranak..



ok dah kena sambg keje balik..daaa










Tuesday, November 6, 2012

aku yg tersepit

aku paling xsuka bila terpksa buat pilihan antara keluarga n keje.kalau boleh..kita nak ikut kehendak suami..tapi dalam masa yang sama..kita ada keje yg kena wat.paham2 je la kalau keje swasta ni.kalau dah menunjukkn performance yang xbaik..mula la pandang kita ngan pandangan yg sinis.padahal bukan buat apa pun..cuma kerap amik cuti je pun.yela..memandangkn hubungan jarak jauh ni..so bila nmpk peluang nak cuti tu ada..mesti la nak cuti kan.xsonok la time cuti..sorang kat utara sorang kat selatan.huhuh..memang xtahan sebenarnya.ikutkn hati memang nak berenti keje sekarang.tapi cakap tu xsemudah nak buat.berenti keje ni buka semudah abc.bagi surat resign..pastu boleh berlibur ngan senang hati.oh tidak..banyak lg benda nak wat bila dah berenti ni.tu sebab kena pikir 500x klu nak berenti.serabut..serabut..dugaan..dugaan.

Saturday, September 29, 2012

botol oh botol

memandangkan aku ni wanita bekerjaya yang terpaksa tinggalkn anak dirumah..so aku xdpt nak direct bf kat dia.dari awal pantang lagi aku dah simpan stok susu untuk irfan.aku dah nekad nak bg susu badan sekurang2nya sampai irfan 6bln.so kena usaha skit la perah susu badan ni.sejak seminggu lps aku dah try ajar irfan minum susu guna botol.alhamdulilah..xsusah nak ajar irfan guna botol susu.cumanya..irfan ni agak high maintenance la.mula2 aku ajar dia guna botol susu murah je..jenama Tollyjoy..tp dia xnak..siap tepis ngan tangan dia botol tu.mungkin disebabkan puting botol tu agak besar n keras tu sebab dia xnak kot.memandangkan dia pun dah melalak..sesi mengajar dia terpksa dihentikan n terpksa menyusu badan gak.

ni la botol yang direject irfan..

pastu kak aku offer botol susu yang dia penah beli untuk anak dia..tapi anak dia xnak pakai.agak mahal botol tu..rm80 sebiji.yang aku beli tu hinggit2 je.jenama mimijumi.puting dia ala2 puting manusia..n agak lembut la.ha yang ni..sekali sua je kat mulut irfan..laju je dia abiskan susu tu.see..macam agak demand kan irfan ni.

ni la botol mimijumi tu..unik kan..

 tapi xpe la..yang penting irfan nak menyusu guna botol.lega la hati aku nak tinggalkan dia nanti.cumanya aku kena giatkan usaha untuk pam susu aku supaya cukup untuk irfan.seboleh mungkin aku xnak bagi susu formula.insyallah ngan minum susu ibu ni..irfan akan jadi anak yang baik.

 yeay..pandai anak ibu isap botol..



Friday, September 28, 2012

kuku oh kuku

antara cabaran dalam menguruskan irfan ialah bila nak potong kuku dia.kuku dia cpt gak pnjg..mcm kita2 ni.kira kena potong smggu skali gak la.kuku dia mmg panjg klu xpotong n dah mencederakan muka dia pun sebab tangan dia sgt la aktif walaupun bukak sarung tangan time mandi je.bila dia cakar muka dia..dia plak yang melalak lebih2.so nak xnak kena la potong kuku dia.tp memandangkan tangan dan kuku dia sgt halus..so aku pun terpaksa wat keje ngan sangat la berhati2.tapi...arini..aku dah tercederekan kuku dia yg comel tu...huwaaaaaaaaaaaaaa...melalak xhingat la dia.sian anak ibu..merah skit jari dia.huhu..nasib baik xberdarah.sempat potong 3 jari je.biar la dia bertenang dulu..esok2 baru ibu sambg potong yer.

terus tido lps nangis xhingat..sowi yer cayang


p/s:hmm..baru anta email kat HR request sambg cuti sampai mid oct..arap2 approve..huhu

Wednesday, September 26, 2012

lara hati..

lagi seminggu irfan nak masuk 2bulan.bermakna...lagi seminggu jugak la cuti aku nk abis..bermakna lagi seminggu la aku bakal menyemakkn balik kepala aku ngan keje2 yang aku xsuka.astaghfirullah...rejeki tu noly,.jgn kata xsuka.huhu.entah la..dah makin tawar hati nak hadap sikap2 orang yg hipokrit kat ofis tu.aku dah bertekad xnak involve sangat dah ngan diorg2 suma.aku nak wat hal aku je.kalau lunch sorang2 pun xkisah dah.huhhu..

 
cmni la aku nanti agaknya

1 lagi yang memeningkan kepala aku..camne aku nak hadap keje2 ngan keadaan yang xcukup tido.lately ni..kul 4 5 pagi baru irfan nak tido.tu pun subuh2 dia akan jaga balik nak menyusu.hadeh..dulu yang cukup tido pun aku dah tersengguk2 depan pc..ni kan plak xcukup tido.memang perlukan kerjasama sahabat chattingku cik stickynote untuk menghiburkan hati yg lara ni.keh2.

Ya Allah..semoga ada berita baik dalam masa terdekat ni..




Tuesday, September 25, 2012

kelahiran beliau..part 3

Assalamualaikum..

alhamdulilah irfan dah sebulan lebih dah.sebulan yg pertama aritu..hidup irfan banyak diisi ngan tido.menyusu tido..menyusu tido..tapi sebulan yg kedua ni..dia dah start nak jadi burung antu.dia ajak ibu dia sama2 berjaga malam.oh mann..dah hampir 2 mggu ni aku xcukup tido.bila dia dah kuat menyusu ni..memang dia kerap la mengejutkan aku tgh2 malam tu.cuma bagi aku..irfan xde la bagi masalah sangat.dia cuma mintak diisikn perut dia je.xpe la..demi perkembangan dia..ibu akan berkorban nak...hehehe.

irfan dah balik kampung dia kat kl nun.kenduri akikah dia pun dah slamat berlansung dah.walaupun wat sederhana je..tapi tetap meriah sebab cucu pertama la kan.

 berkerut muka time nak belah mulut


sedap tido dalam katil yang dihias dalam masa 10min sblm majls stat..

misi ibu ngan abah untuk irfan ialah..utk menjadikan irfan seorang 'Hafiz'.so..skrg ni ibu la kena kontrol tgk tv tu..nak elakkn irfan pun tgk sama.huhu.xdpt nak tgk running man sgt dah skrg ni..keh2..

akaun tabung haji pun ibu dah bukakn untuk irfan.insyallah nnt leh gi skali..

to be cont..

Friday, September 14, 2012

kelahiran beliau..part 2

Assalamualaikum..

fuh berjaya jugak akhirnya aku melalui tempoh berpantang.keh2.dan berjaya jugak aku curi2 masa nak menghadap laptop ni.bukan senang nak jadi bloger tegar sekarang ni..irfan harus diutamakan.ok la..sambung ngan entry sebelum ni.

masuk hari ke2..baru la aku dapat pegi jenguk anak aku kat NICU.sedih hati ni bila tengok anak aku terpaksa dicucuk wayar2 dan tiub.tapi dalam masa yang sama..aku rasa sonok sangat tengok anak aku.dalam hati aku dapat rasa dia kuat sangat.memandangkan dia terpaksa dok dalam NICU..so aku n hasben je la yang dapat jenguk dia.alhamdulilah..dia xperlu bergantung kepada tiub n oksigen lama sangat.rasanya ari ke4 dia dah boleh bernafas sendiri.cuma disebabkan dia lahir xcukup bulan..dia perlu dijaga rapi sebab senang untuk dapat jangkitan kuman.so far masalah lain xde.alhamdulilah..lega aku rasa.

memandangkan irfan dalam NICU..so aku pun balik umah dulu bila dah discharge tu.memandangkan aku masih ssh nak bergerak..hasben yang kerap ulang alik ke hospital untuk anta susu kat irfan.oh..penglaman yang baru bila susu kuar dari badan aku...ohsem..betul2 takjub ngan ciptaan Allah.seminggu pertama betul2 suffer la aku rasa.ngan badan rasa sakit sgt..ngan kepala plak tiba2 rasa sakit mencucuk..then aku kena sentiasa perah susu.huhu...agak memenatkan n menyakitkan.sakit kepala yg rasa macam nak pecah kepala otak aku tu rupa2nya disebabkan bius masa operation.Tuhan je la yg tau cmne rasa sakit kepala tu.masa tu aku rasa bersyukur sgt dikurniakan suami yang sangat prihatin.dia la manusia yg aku rasa sgt2 penat sepnjg tempoh smggu tu.

lps smggu kat NICU,.irfan dah masuk wad biasa.walaupun dia dah blh bernafas sendiri..tapi memandangkn berat dia masih blum ckp..so dia masih kena tahan kat hospital.bila dah masuk wad biasa..aku pun decide utk temankn anak aku kat hospital.then tu lg 1 pengalaman baru bila aku kena menyusukn sendiri anak aku.wahh...takjub sgt.hahaa.tapi..sepnjg aku kat hospital..air mata aku terlalu la murah.hampir setiap saat nak mengalir.tah apa kena tah.emosi sgt.lbh2 lagi bila hasben dah abis cuti smggu n terpksa balik ke johor.lg la kerap berjujuran air mata aku.mgkn aku stress sebab aku rasa kekok lg ngan kehidupan baru aku ni.dah la anak pertama..xde sapa2 nak ajar aku wat itu ini.suma aku kena uruskan sendiri.yg lawaknya..pertama kali aku nak pakaikn anak aku pampers..terpksa aku jenguk2 anak org sebelah cmne pampers diorg.takut aku pakai terbalik.keh2.keluarga aku xdibenarkan masuk kat wad tu.diorg leh jenguk dari tingkap je.sedih kan.cuma yang menguatkan semangat aku bila tengok kes2 lain yang lebih berat dari irfan.at least irfan sihat..xde masalah..so aku xpatut nak bersedih.

pertmbahan berat irfan agak lmbat memandangkan dia baru je nak belajar minum banyak.tu slh 1 lg sebab aku stress sebab raya dah nak dekat.syahdu kot kalau kena beraya kat hospt.aku xkisahkn lemang n ketupat tu..tapi aku xnak beraya kat hospt.irfan plak keje dia tido je..maklum la..dia feel dalam perut lagi.so aku terpksa sentiasa kejutkan dia utk menyusu.huhhu..orang lain risau bila anak diorg melalak.tapi aku risau nape anak aku kurang melalak.huhhuh..feel dlm perut sangat irfan ni.

alhamdulilah..smggu kat wad biasa..aku n irfan dapat balik.girang hatiku xterkata.tapi dalam masa yg sama risau gak sebab tengok udara sekarang ni macam xselamat untuk irfan.xpe..aku yakin irfan kuat.so bermula la kehidupan baruaku n irfan...

to be continue..

p/s: gmbr2 dari hari 1st irfan akan diupload kemudian..




Monday, September 3, 2012

kelahiran beliau..(part 1)

Assalamualaikum...

haih..sebulan aku amik masa nak update blog ni.kesian cik stickynote ari2 meronta2 nak baca entry baru aku ni.suma ni pasal laptop aku tu yg meragam xleh nak on.tapi faktor utama..sebab masa la.weehuu..

straight to the point je la kan..(si irfan dah gerak2 tu..kena taip cepat2)

3/8/2012..lahirlah seorang insan bernama muhammad irfan yang kini bertahta di hati ku..hehee.entry kali ni aku nak story cmne kisahnya dia dilahirkan..memandangkan dia lahir xcukup bulan..iaitu pada usia kandungan aku 8bln.


al kisahnya,2/8 tu aku gi la checkup kat klinik kesihatan..chekup biasa je.then bila nurse tanya ada mslh pape x..aku pun story la yg aku dah seminggu rasa perut tu mengeras.ala2 macam contraction..tp xsakit n xde turun darah ke apa.so nurse n doktor pun cek la kekerapan mengeras tu.bila diorg cek..tgk2 kerap..n terus suh aku refer hospt.mulanya aku rasa malas nak pegi sebab aku xrasa sakit pun.cuma rasa xselesa je bila perut tu mengeras.tp takut pape jadi..aku pun pegi la jugak ke hospt sebab aku yakin doktor nak cek je.skali..aku kena dok wad..sebab doktor risau kalau2 aku dah nak bersalin.huwaaa..aku ngan berat hati menurut gak sbb aku xrasa aku dah nak bersalin.

so sepanjang mlm tu..aku diberi ubat tahan sakit n dicucuk skali lagi ubat utk matangkan paru2 baby tu.sob2..sadis.pasrah je la time kena cucuk tu.esoknya..3/8..memang aku dah rasa sihat n xrasa dah perut tu mengeras.so ngan yakinnya aku rasa leh balik n sempat beraya..kui2.ada hati lg tu nak beraya walaupun dah sarat2.then petang tu..doktor wat CTG scan..iaitu cek jantung baby.mula2 ok je..siap aku dah mamai2 nak tido dah.sbb scan tu dibiarkan kat perut aku utk bebrapa minit.tiba2..scan tu menunjukkn yg jantung baby aku lemah.huwaaa...nebes sgt bila aku dgr.Ya Allah..selamatkan anakku..

dalam masa bebrapa min je..aku dah disiapkn utk di operate.masa tu Tuhan je yang tau betapa sedihnya hati aku sbb hasbenku xde disisi.aku pun xtau brp laju dia bawak kete nak bg cepat sampai.memang sedih sgt bila dgr suara dia kat tepon.meleleh air mata aku sebab macam2 yang aku pikir.aku takut aku xsempat nak tgk anak aku..xsempat nak jumpa suami aku.semuanya berlaku dalam masa bebrpa minit je.bila hasben ckp dia dah halalkn makan minum suma..lagi la wat aku meleleh..Ya Allah..selamatkn aku n anak aku..aku terus doa n berdoa sampai la aku xsedar pape.

tepat jam 5.21..anak aku slamat dilahirkan.soklan pertama time aku br sedar..baby girl ke boy.heheh.alhamdulilah..seperti yg dijangka..aku dpt boy.cuma time tu yg wat aku risau sbb aku xtau status kesihatan anak aku sbb doktor xnak ckp pape selagi dia xdpt cakap ngan aku atau suami aku.bila hasben sampai2 je..terus aku suh dia cr doktor..nak tau anak aku cmne.tapi memandangkan time hasben aku sampai..jam dah kui 11 lbh..doktor pun dah xde..so terpksa la aku bersbr.

to be cont...irfan dah menangis..hahhaa


Monday, July 30, 2012

Umur yang semakin meningkat..

Kalau dah arini besday ku..haruslah entry pasal besday ku kan.so far..xde apa beza sambutan besday aku compare ngan tahun2 lepas.beza nyer aku dah bertukar status.bezanya..ucapan dah bertambah..cecece..
ucapan2 ikhlas dari kwn2..sedara mara suma memang dr macam2 versi la.ada yang pendek..ada yang panjang.tp aku rasa..ucapan paling ringkas bila org tulis..HB.owh..sgt la ikhlas ucapan tu.ahaha.xpe la..aku terima seadaanya.

tapi..ucapan yang paling2 buat aku terharu..semestinya datang dari chenta hatiku...walaupun agak ringkas..tapi aku tetap keharuan..walaupun tanpa candle light dinner..ataupun suprise party utk aku..cukup la sekadar ingatan dari dia.hadiah..masih dirahsiakan.aku arap2 dapat la samsung galaxy SIII tu..hahahahhaa...

Muhammad Hanif:  
SELAMAT HARI LAHIR RUSUKKU...SEMOGA IMAN DAN KESABARAN SENTIASA MENJADIKAN DIRI TABAH ATAS SEMUA UJIAN ALLAH YANG MENDATANG
Nurliyana Bahari:
terima kasih jantung hatiku!!..

husbennnn..sangat merindui muuu...wo ai ni!


 p/s: sila jangan muntah bc entry ni...batal posa kang..

Sunday, July 29, 2012

mengisi masa lapang..

seriusly aku xsangka kita dah seminggu berpuasa.aku bayangkan kita baru 5 6 hari berpuasa.rupa2nya dah 9 hari berpuasa.dan aku xsangka aku berjaya berpuasa 9 hari ni.kalau ikutkan masa puasa ganti aritu..rasa macam xboleh nak berdiri..lembik semacam jer.ala2 kucing dalam entry aku sebelum ni la..terkelepek je kat kerusi kan.tapi alhamdulilah..aku masih sihat n mampu berpuasa.tapi..dalam masa yang sama..risau gak ngan berat baby aku.memandangkn last checkup aritu..berat dia baru 1.4kg..arap2...naik la skit berat dia skrg.

rasanya..banyak perkara yang aku rasa xsangka berlaku dalam hidup aku..

kalau kenang awal2 mengandung dulu..aku xsangka aku boleh lepas hingga ke 8bulan.bila doktor mengingatkan yang kandungan aku mungkin ada risiko2 yang xnak la aku sebut dah..memang hati ni sedih je memanjang.tapi aku rasa..berkat doa semua orang kat sekeliling aku..alhamdullah..kandungan aku berjaya bertahan sampai 8bulan..n insyallah boleh bertahan sampai masa matang dia..tu la yang dikatakan the power of doa.

eh tadi kata banyak benda yang xsangka berlaku..tapi baru 2 jer.ahahahahaa..yela kan..ada tu ada..tapi xyah la nak kepoh2 kat sini.apa2 pun..bagi aku..berdoa la banyak2 bila kita mengharapkan sesuatu.orang mungkin boleh bagi macam2 teori..tapi Allah yang akan menentukan segala2nya..

p/s:tajuk entry aku tu menunjukkn keadaan aku sekarang yang tgh boring..hoh..




Wednesday, July 25, 2012

conversation merapu...

fizah hafizah:
ni aku nk crita
ada bdk laki sorang ni dia student baru
tetiba dia msuk masa aku ngn kak ct duk tgk masak2 tadi
dia kata lectruer dia bagi asemen
suh cari maklumat pasal staff
xcukup lagi dua org
aku pon tulis la
lepas dia kata nk gambar
aku kata xleh2
amek ja gambar2 kt tenet yg pakai tdung
kak siti ust bahiyah aku prof muhaya or irma
 
Me:
xleh blah
irma tu xtahan
fizah hafizah:
 
Me:
skit pun xde iras irma
haih
fizah hafizah:
ha la tukar prof muhaya
 
Me:
hahaha..xpe la..skali skala kan
aku dpt jd norjuma pun ok gak
sweet jer
ahahahaha
 
fizah hafizah:
tdo weh tdo
 
Me:
 
fizah hafizah:
norjuma xbest
aku rasa btter ang jadik diana amir
tangan dibahu mata ke ats
 
Me:
oh man..walaupun tgn dibahu mata ke atas..tp aku ttp rasa terharu
 
fizah hafizah:
amek la amek la
aku mls nk bekira ngn ibu2 mengandung ni

moral of the story:walaweh..aku ala2 diana amir la..aahahahaha..thanks pizah..

Thursday, July 19, 2012

posa lah posa..


Esok dah puasa...tapi hati aku rasa sayu sangat-sangat.sebabnya,tahun pertama puasa dah bergelar isteri..tapi terpaksa puasa jauh-jauh ngan suami.aku tau..sapa-sapa yang baca entry ni mesti rasa meluat..menyampah..n kata aku ngada-ngada.dah bosan kot dengar rintahan aku ni kan.tapi..tu la perasaan aku sekarang,mungkin ditambah dengan keadaan diri yang memerlukan suami berada di sisi..so perasaan sayu tu melebih-lebih sekarang ni.tapi mungkin jugak ada hikmahnya kami berjauhan.sebabnya..belum tentu aku mampu masak untuk berbuka n sahur.ikut pengalaman puasa ganti aku..bila dah sampai waktu petang-petang,aku dah separuh pengsan..xde tenaga macam 5 hari xmakan.

 lebih kurang camni la keadaan aku

so bila pikir-pikir balik..biarlah suamiku berdikari di perantauan nun.pandai-pandai la dia masak..beli..lauk-lauk berbuka dia.insyallah tahun depan dah boleh jadi isteri mithali kot.doa-doakn la yer.yang penting sekarang ni..anak aku selamat..fokus-fokus..xyah sedih-sedih sangat la noly oihhh.ok la..slamat berpuasa kawan-kawan..tingkatkn ibadah puasa kali ni..

Tuesday, July 17, 2012

kadang-kadang..

senang kita nak kenal sapa yang betul-betul ambil berat kat kita time kita susah..time kita sakit.xpayah la kita susah-susah pikirkan kepentingan orang lain yang xpentingkan kepentingan kita.apa-apa yang terjadi..kita yang akan tanggung derita tu..kadang-kadang memang kena pentingkan diri sendiri..

p/s:sedang memotivasikan diri supaya xjadi mulia sangat n ikut kehendak orang..sob2..

Saturday, July 14, 2012

lagu yang sweettt bangat..

aku jumpa lagu ni kat fb kawan aku.kalau tgk nama band..mmg xde motif lnsg la aku nak klik lagu tu.tapi kalau tgk tajuk dia..cam best.so aku pun klik la kat lagu tu.tup2 bila dengar..wahhh..sweetnya lirik lagu ni.lagu dia pun leh tahan la.membuatkan jiwa aku yang jiwang2 karat ni tergoda nak ulang2 banyak kali.then terus berangan..kan best kalau laki aku nyanyikan lagu ni kat aku..compom meleleh la air mataku ini..heheh.tp berangan je la..sbb laki aku bkn jenih romantik cenggitu..

ok..layankn la lagu sweet ni yer..


Thursday, July 12, 2012

Ayat 1000 Dinar

entry kali ni..aku nak berkongsi ilmu ngan kawan2.kalau sebelum ni asyik entry meroyan je kan..so sempena bulan ramadan yang hampir tiba ni,kita sama2lah tambahkan amalan pahala kita yer.mungkin ramai yang dah tau kelebihan ayat seribu dinar ni.aku yang jahil agama ni..disedarkan oleh suamiku tentang kelebihan ayat ni.terus terang..memang aku xberapa nak hafal sangat ayat ni sebelum ni.tapi alhamdulilah sekarang dah sentiasa amalkan baca ayat.meh sini aku share apa kelebihan dia..

search dr google..hehe:


Hikmat Dan Khasiat Ayat Seribu Dinar


‘Yang sakit akan sembuh, yang hitam akan putih, yang keruh akan jernih’.

  1. Ayat ini jikalau diamalkan setiap kali lepas solat sebanyak 3 X, Insya’Allah akan beroleh seribu faedah.
  2. Sesiapa yang beramal ayat ini Allah ta’ala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.
  3. Jika dibacakan kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 X dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 X diberi minum, Insya’Allah si pesakit akan sembuh.
  4. Jika mengalami masalah berat, seperti kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, huru-hara dan peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara. Beramallah selalu dengan ayat ini selepas solat fardhu, mudah-mudahan segala kesukaran mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.
  5. Jika bertempur menentang musuh, tidak binasa disebabkan terbakar, tidak lut dengan pukulan besi dan tiada mudaratdari sebarang benda yang bahaya. Hendaklah mengamalkan ayat ini dan bertawakkal kepada Allah SWT.
    1. Baca ayat ini sesudah solat lima waktu,
    2. Baca ketika hendak tidur tiga kali,
    3. Baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.
.
Selepas mengetahui hikmat ayat ini, eloklah diamal, dihafal dan difahamkan maknanya sekali sebagai bekalan kita ketika menghadapi segala kesusahan dan kesengsaraan yang tidak kita jangkakan di masa mendatang.

Alhamdulilah,nampak kesannya bila aku dan suami sentiasa di beri kesenangan setiap kali ditimpa sesuatu kesusahan.

RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL....

Tuesday, July 3, 2012

apa jadi nanti yer..

hari ni kesekian kalinya..aku gi chekup kat hospital.memandangkan aku ni berurusan ngan hospital kerajaan..even nak ambik nombor untuk ambik ubat pun aku terpksa beratur panjang.Ya Rabbi..nak menangis tengok barisan yang panjang tu.

 menangis x kalau cenggini panjang nyer..

tapi bukan kisah menunggu lama yang aku nak story..tapi pasal kisah sepasang suami isteri ni.usia mereka dalam 30an la.yang si isteri ni beratur la belakang aku.xsilap aku dia pun pregnant kot.mulanya dia suruh suami dia yang beraturkn untuk dia..tapi suami dia ngan nada suara yang agak tinggi..suh isteri dia yang beratur.masa tu menyumpah dah aku kat suami dia..hampeh tul.pastu dalam beberapa minit kemudian..dia panggil suami dia yang sibuk tgh baca paper.skali lagi dia suruh suami dia beratur.er..camni la lebih kurang dialog diorang:

isteri: abang..tolong la beratur..i sakit kepala la..
suami:ala..bukannya ada tempat duduk pun
isteri:tu ada..kat ujung tu..
(si isteri terus pegi duduk)
suami: (merengus sambil beratur)

time tu..teringatkan suami aku.kalau la dia ada...dia xkan suruh aku beratur.cepat2 dia akan cari kerusi untuk aku duduk.dia xkan biarkan aku berdiri lama2.tapiiiiiiiiiiiiiiii...agak2nya..mcm mana situasi kami untuk 4 5 tahun akan datang.agak2nya sama macam pasangan tu ker.huhuhu.sekarang memang la sumanya indah..tapi lelaki ni..sampai bila agaknya sikap caring tu ada dalam diri diorg yer.harap2 la..sikap caring..bertanggungjawab suamiku itu berterusan la sampai ke akhir hayat.

Monday, June 18, 2012

menghitung hari:perasaan yang xdapat diungkapkan..

14.6.2012..hari yang mencuakkn la jugak bila dari pagi perut aku dah sakit2 n mengeras.bila dah rasa semacam tu..aku pun terpaksa suh ayah aku yang hanta pegi keje.masa pegi keje tu ok lagi walaupun aku dah rasa susah nak berjalan..tapi digagahi jugak la.kat opis aku dah rasa xlarat dah nak wat apa2..tapi masih sempat bergosip ngan kwn2 chating.hehehehe.yang tu larat pulak la yer.tapi memandangkan aku dah xlarat nak jalan..aku dah standby siapkan keje pape yang patut..yela mana tau kot2 esoknya terkeluar anak aku.petang tu bila dah rasa semakin sakit..aku call kakak aku a.k.a doktor peribadi aku..tanya apasal jadi sakit macam tu.kakak aku apa lagi..melenting la dia..marah kenapa aku dok tahan2 lagi sakit tu.patutnya pagi2 dah pegi cek.hehehe.ok2..aku pun janji ngan dia nak terus gi cek.skali..lepas isyak baru gerak gi spital.dalam hati aku doa agar anak aku selamat la.
sampai2 wad kecemasan..nurse suh aku terus refer wad bersalin sebab kandungan aku dah lebih 24 minggu.oh mann...masa tu memang aku rasa cuak sangat.takutnya bila dengar wad bersalin tu.so aku pun terus menuju ke wad bersalin.suasana yg tenang kat wad tu sebenarnya wat aku lagi cuak.macam2 aku pikir.tapi alahai..lama kemain nak tunggu doktor scan perut aku.inteviu amik masa hampir sejam kot.aku yg mula2 tadi sakit sangat dah ilang skit sakit tu.rasa nak balik umah balik.tapi bila sampai masa nak scan..Tuhan je yang tau betapa sakitnya kat bawah tu bila diorg seluk sebab nak cek dah terbuka ke blum.2 kali ok diorg seluk...SAKITTTTTTTT....tp alhamdulilah xterbukak lagi...n maknanya blum sampai masa anak aku nak keluar.tapi memandangkn dah ada contraction..doktor pun amik langkah berjaga2 dengan masukkn aku ke wad..utk bg injection nak matangkan paru2 baby.sebab baby aku terlalu kecik..kot2 la terpksa bersalin gak dalam masa beberapa ari.baby aku baru 770gm.besar mana la agaknya tu.ha tu 1 lagi yang menyakitkan.serius injection yg menyakitkan.kat bontot plak tu.bkn aku nak mengada2..tapi memang sakittt..mengalir air mata aku kejap.waawaawaaa...dugaan2.then terpksa la aku bermlm 4 mlm kat spital..demi nak pantau keadaan sakit aku tu.alhamdulilah..ilang dah sakit tu.
so kesimpulannya..baby aku masih blum keluar.sabar yer sayang..blum sampai masa lagi.at least sabar utk sebln lagi.

disaat n ketika ni..hati aku makin tersentuh bila tengok baby2 yg sihat.Ya Allah..selamatkan la anakku.terima kasih jugak kat suami n keluarga aku yang dah terlalu banyak bersusah payah untuk aku.syukur alhamdulilah aku dikurniakan suami yang sangat2 perihatin dan sanggup berkorban demi isteri tercintanya ini..

Sunday, June 3, 2012

menghitung ari: part 3

Budak tecik tu xkuar lagi kat dunia ni..tapi aku dah berabis beratus untuk dia.sekarang dah stat beli barang2 untuk si tecik tu.walaupun xtau lagi jantina nyer..tp aku hentam je beli kaler apa yg aku suka.agak2 comel barang tu..aku amik.memang seronok beli barang baby ni..especially baju baby.sebab cute2 sangat.kalau orang lain bertema bagai..dari tilam sampai ke kelambu suma sama kaler la kan..tapi aku bertemakan pelangi.cantik la jugak kan..kalau tengok list..macam ada je lagi xbeli..huhuh..dueett..dueett...


mencilok gambar orang..keh2

Wednesday, May 30, 2012

menghitung hari:part 2

Dia dah menendang!..dia dah menendang!.haha..actually aku xpasti la anak aku tu tgh menendang ke apa..tp lately ni memang asyik terasa je sesuatu bergerak dalam perut aku ni.mula2 dulu ingat perut aku memulas..tapi baru sekarang aku sedar yang tu adalah pergerakan baby aku.aku cari2 info kat tenet..memang dalam minggu ke 20 kita akan rasa pergerakan baby tu.boleh tahan aktif la jugak dia.sampai aku rasa xselesa plak..nakal nih..hhehee..

tapi lega la jugak..at least aku tau anak aku masih selamat kat dalam tu.so..sekarang kena lebih hati2 la bab makan2 ni.baru sekarang rasa nak bagi makanan yg berkhasiat je supaya dia bergerak aktif.haha.hampeh kan aku..patutnya dr awal lagi dah bg makanan berkahsiat nih.

teringin sangat nak tau jantina anak aku ni..tapi doktor kata macam susah je nak nmpk.bnyk benda yg melindungi dia.tapi klu tengok keaktifan dia nih..macam boy jer..heh..

 wachaaaaaaaaaaa!!!!

ok la sayang..teruskn aktif kat dalam tu yer..

Monday, May 28, 2012

menghitung hari:part 1

sekarang dah masuk 6bulan usia kandunganku.hmm..xbanyak yang berubah pun.badan maintain slim..berat naik skit jer.last checkup aritu..berat aku hanya 45kg.tu pun sbb ada baby kot.nurse yang timbang tu pun geleng kepala je.dia kata tu pttnya berat sebelum pregnant.dah tu..aku nak wat cmne kalau dah berat tu xnak naik.makan xberenti kot.boleh ke dia kata..time ni la nak abang sayang lebih skit..tengok kita berisi.ehh nurse ni.pandai2 plak dia ek.heh.cuma yang pasti memang rasa makin berat je nak bawak perut ni.tp yang paling penting..alhamdulilah..sakit fibroid aku dah xmenyerang sekarang.tu yang wat aku makin excited n berdebar2 nak sambut baby ni.teringat lagi dulu..waktu awal2 aku disahkan mengandung..macam2 kemungkinan doktor bg..dan semuanya adalah negetif belaka.3 bulan pertama tu..dah macam air sungai je air mata aku ni..sikit2 mengalir.asyik fikirkan yang bukan2 jer.lepas dari 3 bln tu..doktor kata..aku dah lepas tahap keguguran tu.masa tu dah ada skit semangat dah.dan sekarang..setiap kali checkup..doktor pun dah xcakap risiko2 yang menakutkan tu.syukur sangat2.cuma bab masalah angin aku yang slalu menyerang tu..haih..memang susah nak control makan.yup..serius la..aku memang agak demand bab makanan.memang ikut selera perut ni jer.dan yang xbaiknya ialah..aku suka yang pedas2.doktor dah pesan..jangan makan yang pedas2..tapi tu la..time nak makan tu..xpikirkn risiko sakit ni.tapi bila dah datang sakit tu..menangis bagai nak rak la kan.hambikk kau..

apa yang penting sekarang ni..aku nak baby aku sihat dan selamat.xkisah la jantina apa.tapi time nak beli barang tu memang rasa ralat skit la sebab xleh nak amik kaler pink banyak2.kang kuar anak teruna..lain plak jadinya kan.so aku pun amik la kaler2 selamat..heh..

p/s:sbnnrya aku nak upload gambar scan..tapi sampai ke sudah xtransfer gambar ke laptop.al maklumla..aku pakai hp biasa jer..xmacam cik mirakuru..dapat iphone free..hadiah dari adik dia.untunglahhhh...


Tuesday, May 22, 2012

hebat la orang2 sekarang..

sekarang ni kan..aku perhatikan dah jadi trend orang ke hulu ke hilir bawak ipad.wah..hebat orang2 zaman sekarang kan.sentiasa berinternet.cepat rasanya perkembangan IT ni.kalau dulu masing2 sibuk ngan henpon..sekarang dah bertukar ke ipad plak.rasa macam ketinggalan zaman sangat aku ni sebab masih menggunakan henpon biasa..yang sesuai untuk call n mesej jer.yang canggih nyer pun..aku leh bervideo call ngan hubby.hoh.sangat biasa kan.sama la my hubby pun..masih menggunakan henpon biasa2.kami ni buta IT ker??tidak..tapi blum rasa ada keperluan nak pakai yang canggih2 tu.(iyer keeeee).hak2..padahal xde duit la sbnrnya kan..hak2..tapi kan..kekadang naik meluat lak tgk bebudak ni dok usung ipad tu.bukan buat apa pun..takat main game je pun.halahhh..macam moden sangat la korang kan.poyo jer.budak2 kecik pun sekarang bukan main..dah xde nak main lumba lari dah ngan kawan2..sbuk ngan ipad jer.ish..kalau anak aku nanti..xnak la aku ajar dia ngan benda2 camtu seawal umur 3 4 tahun ni.biar la dia belajar belari..melompat..jatuh..biar dia kenal erti susah macam mak ayah dia.bak kata Prof Muhaya..budak2 ni bila di ajar menggunakan teknologi ni..kurang komunikasi ngan parents.hasilnya..bila mak ayah bercakap ngan anak..mata anak mengadap ke komputer..nahhh..kat situ dah nampak kekurangan dari segi komunikasi yang akan menyumbang kepada kekurang ajaran anak2.pi kenduri pun sibuk ngan ipad...bgsss...sampai dah xkenal sedara mara...sibuk main game.eeii..xbagus kan.

kesimpulannya...biar la aku masih ditakuk lama.xde ipad xbermakna aku xmengikuti perkembangan terkini kan..cukup la laptop yang uzur tu sebagai peneman.walaupun kekadang dia nak 'tido'..xmo on2...aku masih leh bersabar...teruskan khidmat anda wahai laptop...

p/s:aku xkata suma yang ada ipad tu poyo ok...ada certain2 orang jer...keh2...ampunnn...

Wednesday, May 16, 2012

selamat hari guru!

dulu..antara cita2 aku ialah nak jadi cikgu.keje cikgu ni macam keje yang jadi pilihan mak2 mertua.yela..sebut je keje cikgu..mesti bakal2 mak mertua rasa teruja sebab kononnya seorang cikgu ni mesti la seorang yang berhati mulia..sesuai sangat la jadi menantu dia kan.huahahaha..mengarut la sangat.xde la mulia sangat dah cikgu2 zaman sekarang.kalau tengok perangai kawan2 aku yang bakal bergelar cikgu ni..ramai je yg berperangai 'hantu'..hahaha.jangan maraaaa..

seronokkn para2 guru ni..setiap tahun ada sambutan untuk diorg.n dapat la diorg pensil berbatang2 sebagai hadiah.belum lagi aku nampak kakak aku dapat hadiah handbag ke apa.slalunya kotak pensil la..buku nota la..adat la kan..ngajo budak2..hadiah pun standard budak2 la.

walaupun aku penah bercita2 nak jadi cikgu..tapi usaha aku ibarat hangat-hangat taik ayam (wah tah betui tah idak peribahasa tu..).sekali je cuba apply..pastu pffft...xmo dah.xpe la..aku bagi can jawatan guru tu kepada yang lebih layak.biar la aku jadi guru kepada anak2 aku nanti.walaweh..

so kepada para guru sekalian...SELAMAT HARI GURU.terima kasih di atas jasa2 anda mendidik anak bangsa.

kalau leh jangan la ikut perangai cikgu shida ni..malu aih..


tapi maintainkn la kecomelan anda seperti cikgu heliza ni..hehehe

Tuesday, April 24, 2012

harap menjadi kali ni..

hah..serius..aku nekad nak berenti keje lepas bersalin nanti.memang aku dah bosan nak wat keje2 yang aku xberapa nak minat ni.dari hati xhepi..baik aku cari masa depan aku yang lebih baik kan.wah ayat..macam semangat sangat.tp..hadooo..eh x..kali ni aku rasa aku betul2 bersemangat.aku dah survey2 banyak jenis bisnes.n bisnes francais macam coolblog tu mmg banyak pakai duit.xbley2

so aku pikir balik..apa yang aku minat sebenarnya.pikir punya pikir...ting!!!mentol menyala..aku rasa aku nak bukak NURSERY la..muahahahaha.caye x..caye x..serius ni..aku berminat ngan suma ni.rasanya dah berbuih mulut aku cakap nak keje tadika..tp..gaji ciput kalau aku nak bershoping sakan nnt.xboleh2.so..memandangkan aku pun bakal dikurniakan seorang cahaya mata (doak2n suma slamat..)aku rasa nak bukak nursery yang membolehkan aku jaga anak aku sendiri..

yer..aku tau..memang bnyk prosedur nak mulakan bisnes ni.deal ngan anak orang plak tu..bukan keje senang.lbh2 lagi sekarang ni bnyk kes yang melibatkan kemalangan bayi..walaupun xdisengajakan.tapi aku rasa..kalau aku ikut saluran yang betul..belajar proses yang betul..insyallah xde pape terjadi..

so aku dah stat survey kursus2 yang aku kena attend..cari punya cari..terjumpa website ni..

http://kursustadikataska.com/

hmm..macam menarik kan..kos pun xbanyak rasanya..asalkan ada keazaman yang kuat jer.so..1st step ialah mendapat restu suami tercinta dulu.hmm..rasanya part ni xsusah..ngan dia senang je kawtim..n rasanya dia leh je bermurah hati nak kuarkan modal.tp..aku masih kena mintak restu mak ayah aku.erkk..actually..yang ni lbh susah sebenarnya..kalau yang kenal peel ayah aku..rasanya xsenang dia nak bagi..hahaha...(rasa2nya adik beradikku setuju.).mesti diorang ingat aku hangat2 taik ayam jer..or diorg rasa aku xmampu nak wat suma ni.huwaaa...

tp xpe..suma ni baru perancangan..slow2 plan..keh2..doakan aku berjaya kawan2..

p/s:sapa yang rasa2 xnak keje..xde keje..leh datang anta resume kat aku sekarang..kelayakan..berperwatakan kanak2..hahahahaha

Friday, April 20, 2012

COOLBLOG

sejak kebelakangan ni..mood aku untuk bekerja dah semakin down.mungkin sebab pregnant 1 hal..n mungkin jugak sebab aku dah bosan ngan apa yang aku buat.malas la aku nak describe job description aku kat sini.bukannya aku xbersyukur ngan apa yang ada..mungkin aku belum jumpa sesuatu benda yang betul2 minat aku.so bila sembang2 ngan rakan sekerja..teman segosip..terkeluar la idea nak berbisnes.hmmm..bisnesss...actually bukan minat aku jugak sebab aku rasa bisnes ni kena ada kesabaran yang kuat dan bakat yang terpendam dalam mempromote barangan kita.tp aku rasa macam xde 2 benda tu.tapi aku macam berminat nak menguruskan 1 perusahaan..contoh..tadika..kedai kek..n..COOLBLOG..hmm..aku rasa hampir suma orang tau apa tu coolblog.benda ni bkn la sejenis blog yang kita merapu2 tulis ni..coolblog ni adalah sejenis minuman yang sangat2 menarik perhatian orang ramai disebabkan rasa n kecomelan kedainya..hhehehe.aku stat kenal coolblog ni dari kawan2 kat kedah nun..masa tu memang rasa kampung sangat sebab xkenal coolblog..ngeh2.

n sekarang coolblog ni ada je kat sebelah kolej aku..xde hal la kalau nak beli ari2.menengokkan kecomelan kedai tu..aku pun berangan2 nak bukak sebijik kedai camtu.aku pun stat survey2 camne nak memulakan bisnes tu.tetapi..sekarang aku cam rasa xminat dah bila melihatkan investment yang aku kena kuarkan.RM110,000 hokey!!!!wah..xsangka..kedai yg kecik2 camtu pun kena kuarkan modai banyak camtu.aku ingatkn 10 20 ribu je..haih..punah harapan aku.xpe la..aku try survey business lain la plak.so wat masa ni terpksa la bersabar ngan keje yang ada ni yer..adioss..



Tuesday, April 17, 2012

Glamer yang xberapa glamer..

hari ni pegi checkup macam biasa.tp arini tiba2 dapat offer yang luar biasa..offer jd model untuk para doktor.kuang2..offer la sangat..padahal doktor mintak tolong aku jer.memandangkan kandungan aku ni special case skit..so..doktor mintak tlg aku untuk direlakan di scan didepan para2 doktor untuk kursus diorg nanti.ada payment lak tu..40hinggit.ok la kan..baring untuk 10 min..dah dapat 40hinggit.actually masa aku penah masuk spital aritu..dah 2 3 kali aku jadi bahan ujikaji oleh para2 doktor pelatih.masa tu dah dapat skit2 aura glamer tu..sampaikan doktor dari hospital private pun cari aku.glamer xglamer la kan.so xsangka sekarang glamer tu kena tempias kat anak aku.kuang2..perasannn sangat.cik stickynote kata..ni berkat aku berkawan ngan retis macam dia la.anak aku ari2 kena dengar bebelan dia.harap2 la anak aku xmencontohi perangai retis yang perasan tu..hahaha...tp ok la..time kasih yer cik stickynote atas tempias mu itu..haha.

alhamdulilah..scan arini..anak aku dah nmpk mula menendang2..cuma aku xdapat rasa je lagi.xsabar nak rasa feel tendangan dia tu..chaiyok my dear!

p/s:semoga anak aku jadi retis yang lowprofile..kuang2..

Monday, April 16, 2012

entry serius lagi..

alhamdulilah..dah hampir 2 minggu ni aku rasa kesihatan aku dah bertambah baik.dah berselera nak makan,dah leh jalan laju skit,dah kurang rasa mual,dah xsakit perut..n yang paling penting..semalam aku dah stat drive balik.lebih kurang 2 bulan jugak la aku rasa aku xdrive.ketaq lutut masa nak drive tu.alhamdulilah..suma ok.berkat doa suami,keluarga dan kawan2.terima kasih suma.

bukan senang nak redhakan hati terima dugaan ni suma.kadang2 sampai lemah iman rasanya.tapi berkat nasihat dan doa orang sekeliling..aku sedar dah.ujian tu memang sentiasa ada.janji kita leh terima atau x je.idup berjauhan ngan suami la antara ujian terhebat sekarang.jeles sgt tengok kawan2 lain yang pregnant dapat request macam2 dari suami.aku??leh request gak..tp dia mampu dgr je la.klu dah xtahan..terpaksa la cari sendiri apa yg aku nak tu.sedih kan..xpe..aku yakin..Allah dah aturkan sesuatu yang lebih baik untuk aku dan suami..InsyaAllah..yakinnn..


Thursday, April 12, 2012

impian saya..

ada orang kata..kalau nak baby yang comel..selalulah tengok baby2 yg comel..so..sekarang ni hari2 aku tengok baby yang comel2..kalau jumpa..tanpa segan silu aku cubit2..

tapi ada jugak orang kata..jangan kutuk orang yang kita xsuka..nanti anak kita keluar muka macam dia..ohh man...tu pun aku slalu buat sekarang.mana x nyer..orang yang aku xsuka ada depan mata..tatut2...

jangan la anak aku nanti jadi mix comel+ugly..tidakkk...

Tuesday, March 20, 2012

OMG!OMG!

bgn2 pagi ni terus online sbb xleh nak tido.baring je rasa sakit..baring je rasa sakit..memang rasa cam nak terjun banggunan je sebab sakit.so aku pun terus online dgn harapan leh ilang skit sakit ni.jenguk jap blog yang hampir bersawang ni.tiba2!!!!!omg!!!!!MR GEDEK yang ku kagumi follow aku??????????wahh teruja yang amat sangat.ilang terus rasa sakit perut aku.hahahhahaaa...tiba2 terus rasa malu sebab blog aku ala2 blog kanak2..heee...

Selamat berkenalan la yer En Gedek..tunjuk ajarku sifuuu!

*blog en gedek ni yang terbaek setakat ni!hehehe...

Sunday, February 19, 2012

mari up skil memasak

Sejujurnya..hampir 3 bulan aku kawin ni..jarang2 sangat aku masakkn untuk suami tercinta.yela..idup jauh2..bila jumpa plak lebih bnyk berjalan..memang xde la peluang nak masak.balik2 buatkan air teh kegemaran dia tu.tapi kan..bila skali skala dapat masak untuk en suami...rasa baru la ada nikmat jadi isteri ni bila dapat sediakan makanan untuk suami.nak2 pulak bila en suami makan masakan kita dengan berseleranya.walaupun apa yg di masak xseberapa..tapi bila tengok dia makan bertambah..rasa sangat lah bahagia.alhamdulilah.baru sekarang aku rasa semangat nak upkan skil memasak aku.sebelum ni sambil lewa je memasak.keh2..aku pun xpenah lg post entry masakan kat sini.lps ni dah leh la nak chalen cik stickynote dalam bab2 memasak nih.tercbr gak bila tgk dia post2 entry masakan..kecuali yg main game tu ler..hoho...

tggu la menu spesel dari i yer..


Tuesday, January 31, 2012

SAYANG...lawan fibroid tu ok...

tak dapat digambarkan perasaan aku bila disahkan positif mengandung.syukur alhamdulilah..anak la yang amat2 diimpikan bagi pasangan yang berkahwin.aku xpenah mintak anak aku lelaki ke..perempuan ke..cepat ke lambat ke..sebab tu semua urusan Tuhan.yang pasti aku sangat bersyukur ngan rezeki yang Allah bagi ni.

cuma aku kena redha sebab anak aku terpaksa berlawan ngan fibroid.saiz fibroid yang besar tu memaksa anak aku untuk mencari ruang dia sendiri untuk membesar.walaupun doktor bgtau risiko2 kemungkinan anak aku xcukup bulan ataupun gugur..tapi aku tetap aku terus berharap anak aku boleh survive utk 9 bulan lg.

semua ni mungkin ada hikmahnya.Allah tau apa yang Dia aturkan.aku kena kuat demi anak aku.doktor hanya mampu menjangka..tapi Tuhan yang menentukan segalanya.aku harap sangat..anak aku mampu melawan fibroid yang lebih besar dari dia.tolong yer SAYANG..ibu nak sgt tengok SAYANG..SAYANG lawan yer fibroid tu..

p/s:tah kenapa senang sgt air mata ni mengalir skrg...

Wednesday, January 18, 2012

Tanda Allah Sayang

hidup kalau tanpa diuji..bukan lah hidup namanya.Allah uji kita dengan macam2 bentuk dugaan..sakit..miskin..dirompak..dikhianati.suma tu untuk menguji tahap keimanan kita.kadang2 kita rasa kita la manusia yang paling malang..sentiasa berfikiran negatif..tetapi masih ramai kat luar tu yang lebih berat ujiannya.kita hanya merancang..tapi segala2nya Tuhan yang menentukan.setiap yang berlaku ada hikmahnya.yakin dengan kuasa Tuhan..InsyaAllah akan ada kebaikan suatu hari nanti.akan ku ikhlas menerima ujian ini..dan xkan putus berdoa kepada Yang Maha Esa..

Usaha dan Tawakal..


Tuesday, January 10, 2012

berdebar2

apa perasaan korang kalau korang tiba2 diberitahu yg korang ada penyakit serius..huhuh.apa agaknya tindakan kita time tu kan..menangis??pengsan??cool??..huhu..takutnya nak tau suma ni.arap2 ada berita baik la..bukan berita buruk...mintak simpangg la dari berlaku apa2...xpuas lagi nak menikmati hidup ni..

p/s:...........................................