Thursday, December 29, 2011

my wishlist..

Kalau tengok status2 kawan kat fb tu..suma pakat2 dah pikir azam tahun baru.tp tahun ni aku rasa macam malas nak ada azam2..sebab azam tu seblum masuk tahun baru je..tepat 1 januari..sure aku dah lupakan azam2 aku tu.so tahun ni..aku cuma ada harapan je..

1. dimurahkan rezeki..
2. dapat dok sebumbung ngan en husband..
3. dapat keje yang lebih membanggakan..
3. pandai masak..
4. berbadan 2..
5. lebih cantik..

ni la harapan2 aku.aku xmintak lebih n merapu2..aku cuma berharap yg 5 ni je...


SELAMAT TAHUN BARU KAWAN2..SAYA DOAKAN YANG BAIK2 SAJA UNTUK ANDA SEMUA...

Thursday, December 22, 2011

my hero!

mereka datang lagi..yahuuu!!n cam biasa..aku xleh mis tgk cite ni.syok woo...suspen+kelakar.saja post entry pasal diorg ni sebab teringatkan kisah lama..hee..

Tuesday, December 6, 2011

beza sebelum dan selepas

ramai orang tanya..camne lepas kawin..apa beza hidup lepas kawin ni?hmm dah berhari2 aku cuba karang ayat nak wat entry pasal perbezaan sebelum n selepas ni.terus terang la ek..susah aku nak jawab sebab aku xrasa banyak bezanya.hehee.almaklum la..hidup berjauhan ngan en suami.so tanggungjawab tu belum terlaksana lagi.pagi2 aku bangun macam biasa..brekfast dah disediakan oleh puan mummy.ahaks..tu lum tgk bekalan utk lunch tu..pun dah siap disediakan.memang rasa heaven sangat idup ngan family ni.dah kawin pun..belum tergerak hati aku nak sediakan sarapan sendiri.terima kasih mummy.tu yang anakanda mu ini rasa berat hati nak pindah johor.huahahaa.

balik umah pun sama..mummy dah siap masak utk malam.aiseh..nape mummy xtunggu noly balik masak.buat susah2 je.huahahaa.anak yg baik kan saya ni.en suami geleng kepala je bila dengar kerajinan isteri tercintanya ini.dia kata..bila la dia dapat dengar aku yang masak.hoho..sabor yer..nanti i masakkan untuk u.

tapi kan..tapi kan..apa yang aku rasa lain ialah..bab masa.memandangkan ktorg ni dok berjauhan..cuti2 malaysia aku sekarang ni kena berkait ngan en suami.dah xboleh nak plan tido seharian kat umah.dah kena bahagikan diri aku antara ipoh n kl.huuu..tu yang penat tu.kalau nak harapkan dia balik ipoh je..xadil pulak kan.nak xnak kena la pikirkan soal hati dan perasaan suma pihak.hati mummy n daddy..hati father n mother in law (ngeee)..hati kengkawan (eh kawan pun kena jga lagi ker..muahahaha..)

cite pasal balik kl..yang sebenornya aku rasa bertuah sebab dapat keluarga mertua yang boleh dikatakan OK..ok sebab apa..sebab diorg menerima i dengan hati yang sangat2 TERBUKA.berebut tu suma nak bawak aku keluar..sampai ada yang majuk2.kesian en suami..xdapat nak berdua2an ngan i..sabar yer..kita amik hati mereka2 dulu.ada masa nanti kita jalan2 cari pasal.duduk umah mertua untuk beberapa hari..xde wat aku rasa kekok pun.alhamdulilah..diorg sporting.menantu dia ni bgn kui 10 pun senyum jer.cam biasa..sarapan n lunch dah sedia...huaahh..heaven tau.ahahahaha.memang hampeh kan menantu ni sorg.sori mama papa..next week i jadi menantu yang solehah ok.kekekekeke.

adik beradik ipar??ha mereka2 pun ok je ngan aku.boleh la diajak bergurau kasar.aku je lum tunjuk taring..masih gelak tersipu2 bila diorg wat lawak.hikhikhik..sangat berlakon kan..haaha.cuma gaya ranggi diorang je yang wat aku segan.i kan ustazah pilihan..so gaya i macam maya karin dalam ombak rindu tu.rasa sangat kampung ok.

gaya menantu solehah

huhu.kena belajor ngan opah udaloli ni.dengarnya opah dia bergaya lebih anggun dari maya karin.huahaha..

beza dari segi fizikal???memang x la.orang kata lepas kawin sure hg gemuk.oh yeah??xde pun..xde pun.aku masih slim je.yang pelik nyer..cincin aku makin longgar.oii mana pegi tah suma makanan aku tu.berkumpul kat perut ni je..saja bagi aku malu sebab buncit.huhuhu.

oh benda paling penting lupa nak cite.aku dah berimamkan seorang suami time solat.syukur alhamdulilah aku dijodohkan ngan seorang lelaki yang boleh dijadikan imam dan ketua keluarga.semoga hubungan ini kekal dan rumahtangga ini dihiasi ngan keimanan..(tetiba ayat drama..)

p/s: to be continue sebab cik stickynote dah bising2 xsabar2 nak baca.bosan sgt katanya..haih..