Friday, July 26, 2013

whatsapp

Assalamualaikum..

Arini aku xnak bebel pasal puasa ke..pasal makan2 ke..pasal sekolah ke..tapi aku nak story pasal kawan2. al kisahnya..aku ada beberapa orang kawan2 baik..yang aku kenal sejak dari zaman diploma. mereka ni la kawan2 sebelajar..sebermain..semengarut..sebergaduh.nampak x di situ keakraban kitaorang. walaupun kitaorang mempunyai pelbagai karekter..tapi alhamdulilah ktorang leh jadi sahabat yang baik.

walaupun sekarang masing2 dah ada haluan sendiri..dah kawin..dah ada keje besor..tapi alhamdulilah ktorang masih boleh berhubung dengan adanya teknologi terkini. dengan fb nyer..dengan ym nyer..dengan telepon nyer.pastu yang lagi best skarang ni..dengan adanya aplikasi macam wassup ke..line ke..membuatkan kitaorang semua lebih dekat dihati. so ktorg pun pilih wassup sebagai medan utk berchating.

al kisahnya pulak sekarang ni..seorang dari sahabat kitaorang ni..dia xde wassup. dalam erti kata lain..dia xde henpon canggih utk install wassup ni. puas dah sorang kawan kami ni pujuk beli henpon baru..ala..skrang banyak dah henpon murah yg canggih2 kan. tapi kawan kami ni berkeras xmo beli henpon baru. ikutkan hati..kawan kami yg sorang ni nak tolong hempukkn henpon si dia tu bagi rosak..leh la beli yg baru.hahahhaa..gigih kan..

oh yer..cakap pasal wassup ni..kat sekolah aku pun dah guna wassup2 ni. dah xguna dah email ke..fb ke..nak informkn sesuatu. nak informkn ada meeting pun guna wassup. so mana2 cikgu yg xde wassup..atau dalam erti kata lain..henpon murah tu..nak xnak kena beli henpon baru. haih..nampak x di situ kecanggihan zaman sekarang ni. hahahha..

so buat temanku...aku rasa dia tau dia siapa. kalau anda terbaca entry ni..harap2 cepatlah leh join wassup kami tu yer..hehhehehehehehe.

wassalam..

Friday, July 19, 2013

eh..jadi cikgu la plak..

Assalamualaikum...

hehuu semua. last sekali aku update entry kat blog ni..aku masih bersantai2 sebagai seorang suri rumah. tapi stat isnin hari tu..15hb7..aku tetiba jadi cikgi plak.wakakkakaa.xsangka sangat lah.aku hantar borang ari rabu..hari jumaat plak dah dipggl inteviu dan terus dapat keje.syukur alhamdulilah.rezeki bulan ramadan. tapi bukan la cikgu tetap pun..aku cuma dipanggil untuk jadi cikgu ganti kepada seorang cikgu yang tgh cuti bersalin. mengajar subjek bahasa melayu tingkatan 1 dan 3. wah cabaran ok..ajar budak nak amik exam besor ni. kat sekolah sains plak tu..nebes sungguh. tp aku ganti cikgu tu sampai hujung bulan 9 je pun. 

so far..dah seminggu aku jadi cikgu ni...tak ada apa2 peristiwa yang menarik pun berlaku. budak form 3 sekarang sibuk dengan latihan2 ulangkaji. jadinya..aku cuma duduk goyang kaki jaga kelas sambil budak2 tu buat latihan. untuk budak form 1 plak..pun sibuk dengan latihan..tapi aku masih tetap kena mengajar. bahasa melayu ni dengar je macam senang..tapi part tatabahasa n karangan yg aku lemah skit.huhuh..tak pasal2 sekarang aku rajin membaca pasal kata kerja la..peribahasa la..pantun la..sajak la..err...busan sedikit la..ahahahahahha. tapi demi masa depan anak bangsaku...aku kuatkan jugak semangat.

attitude budak2 sekolah tu agak baik la. yela..sekolah sains kan. so diorg respect kat cikgu2. kawan2 guru pun..setakat ni ok la..belum lagi aku jumpa yg kerek2. so far semua ok lah...

tapi apa yang buat aku kurang hepi ialah..anak aku terpaksa di hantar ke pengasuh..huhuhu. buat masa ni..adik aku yang tolong jaga kan...tapi stat ogos nanti..irfan akan di hantar ke pengasuh.huhuhuhu..sdih sangat bila memikirkan nyer..berdebar nak tunggu ogos nanti.

ok..to be continue yer...

p/s: semua kata i ni awet muda...ala2 sweet 20 la..ahahahhaa...

Wednesday, July 10, 2013

Cerita puasa saya..

Assalamualaikumm

Wah..tajuk macam karangan budak sekolah kan.ahahaha.xpe la..skali skala...Ok..alhamdulilah..tercapai jugak hasrat aku n suami untuk puasa sama2.tahun lepas..time puasa adalah time aku berpantang dr semua makanan.waaaa...azab tau. jadinya peluang nak masak2 untuk suami tu belum bekesempatan. so tahun ni..awal2 lagi aku dah berazam nak masak sendiri dari menu utama sampai la ke dessert. tapi semalam sempat gak bejalan2 kat bazar ramadan teluk intan. hmm...sedih skit la compare ngan ipoh. memang xbanyak choice. tapi bagus jugak..memang leh elakkn dari aku membeli. so semalam..buat pertama kalinya aku ke bazar ramadan tanpa membeli apa2. hebak kan..haha..

so menu pertama di hari pertama puasa semalam ialah..makanan feveret suamiku. sup daging n sayur campur. for dessert plak aku buat kuih kegemaran dia gak.onde2.huwaaaa...aku rasa nak menangis keharuan sebab berjaya wat kuih tu. pertama kali ok...aku wat kuih tradisional. sebelum ni setakat cucur udang tu aku biasa la wat. hehehehhehe..walaupun belum2 ckp2 menepati piawaian rasa dia..tp komen dari dia..ok la..hahaha.oh untuk air plak..aku wat air mango.slurp...mengancam woooo air aku.

so walaupun juadah ala kadar..tapi ktorg 2 sampai berat la nak bangun solat maghrib.erkkk..alhamdulilah dengan rezeki Allah. 

oh ye..aku baru berpeluang berterawih sekali je..iaitu pada malam sblm puasa. itu pun try2..nak tgk irfan leh behave ke x. aku pas irfan kat suami aku time terawih tu. alhamdulilah..Tuhan nak tolong ktorg kot. ada la sekumpulan budak2 laki ni..suka main2 ngan irfan. jadinya..diorg la yg jaga irfan sepanjg suamiku solat. tapi malam td aku xpegi..sebab awal2 lg dia dah meragam. jadinya..solat kat umah je la.

ok..so to be continue..daaaa

p/s:terlupa lagi nak snap gmbar makanan..hahaha...

Monday, July 8, 2013

penghijrahan..

Assalamualaikum..

weehuuu..buat pertama kalinya aku beronline dari teluk intan.hehehe.masuk ari ni..dah 2 hari aku berhijrah ke sini.alhamdulilah..so far xde masalah sangat.keje rumah masih banyak yang nak buat.dengan melayan irfan yang xmo duduk diam.so buat masa  ni aku xrasa bosan lagi duduk rumah. cuma yg frust..nak berintenet kena tggu irfan tido..kalau x..dia yang akan conquer. 

buat masa ni..rumah aku belum ada astro..so 2 hari ni..nak xnak..aku melayan hampir suma cerita indon.huh..rupa2nya petang2 memang belambak cite indon je. tengok cite indon ni bukan apa..tak abis2 aku menyumpah sebab banyak benor xlogik nyer..heh.

buat masa ni skill memasak aku belum teruji sangat la. suami pun jenis xmakan sangat..so aku masak ala kadar je la untuk aku n irfan. janji perut kenyang.

ok lah...esok kita semua stat berpuasa..SELAMAT BERPUASA yer sahabat2 semua..

untung la dia tgh tido...dapat berlagho kejap

Friday, July 5, 2013

Hokkaido Cup Cake

assalammualaikum..

ok..memandangkan sekarang aku dah bergelar suri rumah..jadinya..haruslah aktiviti aku banyak melibatkan masak2.actually cik stickynote dah penah request aritu..suh wat entry masak2 bila aku duduk rumah ni.ok..memandangkan minat aku lebih kepada baking2 ni..so aku nak share percubaan pertama aku wat cup cake.heh..sebelum ni bkn xpenah buat cup cake..tapi kebiasaanya aku wat guna tepung instant.so yg tu kurang mencabar la. so kali ni aku memang buat dr A-Z..guna tepung kek. tpi..malangnya..percubaan pertama aku ni gagal. sejujurnya..di sini aku nak wat pengakuan bahawasanya..cup cake aku jadi masin!muahahahhahaaha..kelakar kan.camne tah nak bisnes..kek pun leh jadi masin.ok..silap baca resepi je pun..tu je slack nyer..sob2..

ok..cup cake yg aku wat tu ialah HOKKAIDO CUP CAKE. aku suka cup cake ni sebab rasanya lain dari yg lain. cup cake lain..icing je lbh..tapi untuk cup cake ni..topping n inti dia sedaappppp...resepi ni aku belajr dari jiran sebelah umah aku.sekali rasa memang terpikat la.so apa lagi...aku pun semangat la nak cuba buat.


lebih kurang cenggini la rupa hokkaido cup cake tu. sori..aku masih xbiasa nak snap2 gmbr n masukkn dlm blog ni. Insyallah akan dipraktikkn nanti.

so resepi utk cup cake ni..senang je. 

Bahan A:
4 biji putih telur
1/2 tsp garam
30gm gula kastor

Pukul putih telur bersama garam dan kemudian masukkn gula. Pukul lagi sehingga kental. (bila di terbalikkn tidak jatuh)

Bahan B:
4 biji kuning telur
30gm gula kastor
40ml minyak jagung
40ml susu segar
1 tsp esen vanila
55g tepug kek
20gm tepung kastad
1 tsp baking powder

Cara-cara:
Aku nyer cara..aku campurkan kesemua bahan B tu dalam satu bekas. kemudian pukul kesemua bahan sehingga sebati. kemudian..campurkan bahan A ke dalam B.gaulkn sehingga rata. kemudian panaskn oven terlebih dahulu. masukkn adunan tadi ke dalam cup dan bakar selama 30min dengan suhu 170c. 

ok..sementara tunggu cake tu siap..sekarang kita buat krim kastard utk dijadikan topping n inti dia.

Bahan krim kastard:
2 sudu tepung kastad
3biji kuning telur
1 gelas susu segar
1/2 cawan gula
sedikit esen vanila
(saya ubah suai sendiri sukatan mengikut citarasa)

Cara-cara:
Sebatikan dahulu tepung dan susu dan masukkn ke semua bahan lain dan masak atas api yg perlahan sehingga pekat dan licin.

Apabila cupcake sudah masak, masukkn kastad ke dalam pipping dan tekan ke dalam kek sehingga melimpah ke luar sedikit. jadi kek kita akan berinti n ada topping atas tu. nyum2 kan..

ok..kalau nak nampak lagi cantik..hiaskan sedikit buah strawberi/peach/kiwi atas cupcake tu..

dah siap!
so bolehlah hidangkan masa raya nanti..

Tuesday, July 2, 2013

bermulanya episod baru..

Assalamualaikum

semalam secara rasminya aku dah bergelar suri rumah. er so far belum secara rasmi la sebabnya aku masih duduk kat umah mak aku. insyallah minggu depan baru berhijrah ke teluk intan. bekerja sbg suri rumah ni..punch kad nyer seawal subuh ok..kebetulan semalam..suamiku ada kat umah.so bangun subuh tu dah terus ke dapur..dah kena prepare breakfast. tp nasib baik lakiku xdemamd.setakat roti bakar tu dah ok je. n semalam aku agak bz sbb pg2 dah kena siapkn irfan sebab nak bawak dia gi klinik.tu kira praktis nak siapkn irfan bila dia nak ke sekolah nnt la kononya.heh.ok balik dr klinik..alhamdulilah mak aku dah ke dapur nak masak..so aku just tolong skit2 je. jadinya cabaran kat situ masih kurang la.masalah aku sekarang ni ialah..irfan lansung xnak berenggang ngan aku. aku nak bangun basuh tgn pun dia meraung. macam mana la tu. cmni susah la aku nak uruskn bisnes aku..eceh. jadinya..bila dia tido..itu je la masa utk aku nak buat apa.

jadinya korang nampak x waktu bilanya aku dapat duduk rehat. kesimpulannya..suri rumah ni bukan la semudah yg di sangka.tp aku puas hati sebab irfan ada depan mata aku.sihat ke..sakit ke..aku sendiri yg boleh tgk.

orait..nanti story lg okeh..