Wednesday, July 28, 2010

harap maklum

kehadapan sabahat2 ku sekelian..especially cik stickynote yg sangat merindui tulisan ku..saya sedang mencari mood saya yg telah hilang terhadap penulisan blog ini.saya pun kurg pasti kemana menghilangnya mood saya ini.adakah kerana beliau merajuk ngan kebizian saya sejak 2 3 menjak ni.hmm..tp jgn risau..saya rasa beliau tidak menghilang kemana..pasti ada dekat2 dgn saya.akan saya usahakan cari mood tersebut secepat mgkn.al maklum la..blog saya ni hampir nak bersawang..(bak kata cik pizah la..).

ok..saya pasti akan kembali dgn cerita2 yg lbh menarik n sensasi..adios!

mood ooo mood..mana ko hilang ni..

Monday, July 12, 2010

Untuk renungan bersama..

Khasiat Surah Al-Waqiah

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.

Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain:

  • Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
  • Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.
  • Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
  • Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
  • Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.
  • Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.

Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya

  • Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.
  • Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.
  • Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.
Insya’Allah, dengan mengamalkan seperti berikut, ia akan menjadi orang kaya.

Friday, July 9, 2010

I like!

tiada perkara yg paling indah dlm hidup aku..melainkan dpt cuti ari sbtu..bkn cuti yg di apply..tp cuti umum.fuh..nikmat xleh nak ckp la..mood aku akan hepi je dr pg jumaat sampai ptg tu..sbb pikir yg esoknya xyah pegi keje.bkn apa..aku rasa cam buang masa n tenaga n minyak kete aku je klu keje ari sbtu..sgt sia2.klu nak diikutkn mmg la..ari2 biasa tu aku xde keje gak..tp dah nama ari bekerja..so..aku xkisah sgt la walaupun mengadap fb n ym 24jam..klu keje ari sbtu tu..aku betul2 melangut dpn pc..bosan siot..tambah2 klu xde kwn nak ym.amat la bosan..waaa...sedih weh.

xyah la aku nak mengarut panjang2..korg tgk je la gaya2 aku klu keje ari sbtu..sedih wooo...




akhirnya aku kecundang jugak..zzzzz....

Monday, July 5, 2010

hmm..boleh ker???

azam aku mulai saat dan ketika ini..aku nak naikkn berat badan aku at least 1kg sebulan..owh..blh ke agaknya ek..padahal sebelum ni..nak bg naik 1 kg tu amik masa sethn.tu blum tentu lg tu..lg turun ada la.apakah??huu..teruk sgt dah ni..bila bergmbr..cam papan sekeping je aku tgk.bila berdiri tepi jln..cam layang2 nak kena terbang je..mcm2 cacian dan hinaan dah aku dpt dr geng2 kolej ni.hampes..sedih aku tau..aku rasa cam dah mkn bnyk dah..aku rasa je la.ada sesapa nak jeles ngan badan aku ni??sia2 je la korg jeles..sbb xmenarik lnsg body aku ni..xde shape lnsg..flat..eeuu..dukung odah ngan zakwan pun..aku xlarat dah..camne nak dukung anak sendri nnt.ok..aku kena berusaha dr skrg..pg2..aku dah cuba melantak mcm2..walaupun kuantiti sikit..ok la tu dr tahan lapar je kan.klu b4 this..aku rela xmkn sbb mls nak cr makan..tp..lps ni akan ku gagahi jugak cari mkn klu dah lapar.pendek kata..jgn tahan2 dah.ngapp suma yg ada dpn mata ok..

aku makan banyak ok..percaya x??

lps ni..no more shoping benda2 lain..abiskan duit kat mkn jer..muahaha..blh ker??demi nak dpt berat badan yg ideal ok..semangat!!!

uhuhuh..jgn sesapa ajak aku soping skrg..aku abiskan duit ngan mkn je