Thursday, July 12, 2012

Ayat 1000 Dinar

entry kali ni..aku nak berkongsi ilmu ngan kawan2.kalau sebelum ni asyik entry meroyan je kan..so sempena bulan ramadan yang hampir tiba ni,kita sama2lah tambahkan amalan pahala kita yer.mungkin ramai yang dah tau kelebihan ayat seribu dinar ni.aku yang jahil agama ni..disedarkan oleh suamiku tentang kelebihan ayat ni.terus terang..memang aku xberapa nak hafal sangat ayat ni sebelum ni.tapi alhamdulilah sekarang dah sentiasa amalkan baca ayat.meh sini aku share apa kelebihan dia..

search dr google..hehe:


Hikmat Dan Khasiat Ayat Seribu Dinar


‘Yang sakit akan sembuh, yang hitam akan putih, yang keruh akan jernih’.

  1. Ayat ini jikalau diamalkan setiap kali lepas solat sebanyak 3 X, Insya’Allah akan beroleh seribu faedah.
  2. Sesiapa yang beramal ayat ini Allah ta’ala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.
  3. Jika dibacakan kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 X dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 X diberi minum, Insya’Allah si pesakit akan sembuh.
  4. Jika mengalami masalah berat, seperti kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, huru-hara dan peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara. Beramallah selalu dengan ayat ini selepas solat fardhu, mudah-mudahan segala kesukaran mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.
  5. Jika bertempur menentang musuh, tidak binasa disebabkan terbakar, tidak lut dengan pukulan besi dan tiada mudaratdari sebarang benda yang bahaya. Hendaklah mengamalkan ayat ini dan bertawakkal kepada Allah SWT.
    1. Baca ayat ini sesudah solat lima waktu,
    2. Baca ketika hendak tidur tiga kali,
    3. Baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.
.
Selepas mengetahui hikmat ayat ini, eloklah diamal, dihafal dan difahamkan maknanya sekali sebagai bekalan kita ketika menghadapi segala kesusahan dan kesengsaraan yang tidak kita jangkakan di masa mendatang.

Alhamdulilah,nampak kesannya bila aku dan suami sentiasa di beri kesenangan setiap kali ditimpa sesuatu kesusahan.

RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL....

2 comments:

  1. err malunya..aku pun tak pernah sedar kelebihan ayat ni huuu..insyallah lepas ni cuba amalkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe..hg sama cam aku.xpenah amik tau sblm ni.xpe..lps ni kita amalkn..mudah2an blh jwb soklan2 mqa ngan senang nyer..ahahaa

      Delete