Wednesday, December 29, 2010

Proud to be Malaysian...

ole ole..ole ole..ole ole ole ole ole...berjuang lah..pahlawan ku...dadadadadaa..aku dah xingat lirik..hahaa.tu antara lirik lagu yg dinyanyikan pasukan sorak malaysia.tahniah Malaysia..sebab berjaya mengharumkan nama negara n sekaligus menutup mulut2 penyokong Indonesia yg xsedar diri tu.rilek ar cowok2 n cewek2 sekalian.adat permainan..mesti la ada kalah menangnya.apa daa...nak bg alasan laser2 bagai..apa kejadahnya.tgk si fahmi tu..cool je dia walaupun kena laser berkali2.
dan terima kasih jugak kepada our Prime Minister coz dah memberikan berita gembira kat rakyat malaysia..yahuuu...jumaat cutii...mari kita berjoliiiii...otomatik dtg keje ngan penuh semangat arini.hehe..


p/s:saya sgt suka tgk muka BAMBANG PAMUNGKAS..muka idaman hatikuu...hehhee...

Monday, December 27, 2010

sambut tag pizah..

cak!!!hahhahahhaa..mesti cik sticky berdebar2 bila baca tajuk entry aku ni.sebab dia xsbr2 nak baca apa penilaian aku kat dia..hahahaa...tp..sori der..aku xsempat nak balas tag hg tu.sebagai kuli yang berwibawa..aku kena jalankan tanggungjawab aku dulu..

tunggu la aku dapat taufik n hidayah nak balas tag hg tu ek..kekeke...

Sunday, December 26, 2010

WEE SOO YEN

belum terlambat rasanya aku nak ucapkan tahniah kat adik2 yg mendapat keputusan yang cemerlang dlm pmr baru2 ni.tahniah2..pandai2 budak2 zaman skrg noo...aku ni dulu diketegorikan dapat result yg cukup2 makan je la.tp alhamdulilah la..dapat jugak 'nur' nak study lbh hard time spm n masuk u n akhirnya tercampak kat kolej sunway ni as librarian.owh..kira berjaya la tu kan..kekeke..
tp yg buat aku teruja ngan result pmr kali ni..mengenai kejayaan seorang yg bernama WEE SOO YEN..dia dapat 8A..ehemm..cam normal je kan..but dia dapat A utk subjek arab derrr...wah..kagum2.rahsia kejayaan beliau..
"awal-awal lg saya katakan susah kerana saya terpaksa menghafal setengah jam setiap hari beratus2 sebutan dalam bahasa arab agar tidak lupa.saya juga menyediakan buku kecil yang bnyk mencatat apa yg saya hafal"-WEE SOO YEN
bagus la soo yen..jadikan la kelebihan berbahasa arab tu..utk anda maju di masa hadapan..cewah.tahniah gak kat cikgu2 n ustazah2 dia sbb berjaya menghasilkn insan cemerlang mcm dia.
p/s:nak tau result arab kengkawan yg lain..ada x yg dpt A masa PMR dulu..haa..jawab2..haha

Tuesday, December 14, 2010

Penaik Semangat

Bersempena new look blog aku yang ala2 librarian sejati ni..aku nak bawak kawan2 suma mengimbau kembali kenangan zaman kita study dulu.hari-hari ada je keluhan dari kawan-kawan yang macam dah giveup dengan keje masing2.jangan begitu uoll..ingatlah balik perjuangan kita dulu..yang sampai tahap bersengkang mata menelaah pelajaran demi nak meneruskan kehidupan di masa hadapan.so..kat sini aku selitkan lagu yang mungkin boleh menaikkan semula semangat uollss...heee..terima lahh..
p/s: sila nyanyi dengan penuh bersemangat..

Wednesday, December 8, 2010

Cinta VS Kawan Baik

Bersembang2 dengan kawan masa lunch td pasal isu relationship antara laki dan perempuan ni..membuatkan aku terkenang kisah aku dan seorang sahabat baik yang berlainan jantina ngan aku..iaitu lelaki..time diploma dulu.bagi aku..perempuan dan lelaki x boleh berkawan baik.banyak sebabnya..antaranya..salah sorang mesti akan ada perasaan cinta tu..dan itu yang terjadi kat aku dan orang itu.

bagi aku..seronok berkawan dengan lelaki..coz pemikiran diorg lain dengan kita.berkawan dengan lelaki ni..jarang ada bergaduh mengenai isu2 kecil..jarang bergosip benda2 remeh..jarang nak pikir isu2 yang menyesakkan kepala.lelaki lebih open minded n bersikap cool dalam segala segi.tu sebabnya aku rasa senang nak akrab ngan lelaki.but..bila terlalu rapat..and terlalu memahami kaum adam ni..mula la timbul perasaan yang semacam tu.hubungan aku ngan si dia memang di salah ertikan oleh orang luar.walaupun ada gosip2 liar pasal ktorg..tp aku abaikan sebab memang aku xada perasaan lansung kat dia.tapi dia memang sahabat yang baik.sampai la 1 masa tu..aku dapat rasa yang dia lain macam.dia dah xnak sembang n join aku dan kawan2 macam biasa.dan bila di tanya dia diam..apa hal mamat ni..
dan 1 hari..setelah didesak berkali2..baru la dia kata.."ok..balik bilik kang aku call..aku bgtau.."uih..cam serius je mamat ni.ok...fine..

dan bila dia call...argh..xtergamak aku nak bgtau apa yg dia dah ucapkan.terus aku maki dia..n warning dia supaya xsebut lagi isu tu..huhu..kenapa begini..aku dan dia xpenah ada hint pun untuk suka sama suka..benci2.tp alhamdulilah..lps tu kami meneruskan hidup cam biasa..dan xsebut lagi isu tu.tp..sejak kejadian tu..aku dan dia dah xserapat dulu..sampai la dia dah berpunya..n kami terus terputus hubungan..the end..

dan sejak tu..aku cuba untuk xterlalu close dengan lelaki..supaya pisang xberbuah 2x.tapi xboleh dielakkan sebab aku memang serasi berkawn dgn lelaki.kadang2 bila hubungan baik antara laki dan perempuan ni slalu di salah ertikan.seperti hubungan aku dengan kawan terbaik aku sekarang..suma kata kami kapel..hakikatnya..kitaorg xpernah sembang pasal hati dan perasaan..bertekak je ada la.sampai la aku bertemu 'pakcik' dan hubungan kami agak renggang...aku pun xpasti apa perasaan dia waktu tu..sebab aku dah xspend masa utk dia.tu sebab aku kata..lelaki dan perempuan xboleh berkawan baik..ada paham!


Sunday, December 5, 2010

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum..
kehadapan kawan-kawan yang sudi membaca blog ku ini..saya..Nurliyana Bahari ingin meminta ampun dan maaf andai selama kita berkenalan..telah mengguris hati dan perasaan anda2 sekalian tanpa saya sedari.buang yang keruh dan ambil yang jernih.semoga di tahun baru ini membuka 1 lembaran baru dalam hidup kita..baik di dalam perhubungan ataupun di dalam kerjaya.semoga sumanya baik2 belaka..n success2 belaka.
semoga kita semua akan menjadi insan yang lebih baik dan semoga kehidupan kita dilindungi olehNYA
sekian..

Thursday, December 2, 2010

Pertama dan Terakhir

uih..bersawang dah aih aku nyer blog ni..segala adik beradik spiderman dah buat umah kat sini rupanya.heh..arap maaf la..keadaan diri yg kehilangan mood wat aku maleh nak update apa2 kat diari ku ini...

arini dah leh semak keputusan exam mtest aritu,..n seperti yang di jangkakan..keputusannya adalah....

Harap maaf,maklumat ......, Nurliyana Binti Bahari telah kami proses. Nama anda tidak tersenarai dalam panggilan temuduga Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah (KPLI - SR) & KPLI j-QAF ambilan Januari 2011
Terima kasih atas minat anda dalam bidang perguruan.
Wah ayat dia betui betui menjaga hati dan perasaan kami2 yang gagal ni.haha..ok la..rasanya ni adalah percubaan pertama n terakhir aku dalam bidang perguruan.bukan give up..cuma peluang nak dapat tu rasanya malap skit.so..biar la aku teruskan ngan kerjaya aku yang mencabar ni..keh2
kepada sesapa yang berjaya ke temuduga tu..tahniah..n buat la yang terbaik ek..
p/s: hmm xtercapai hajat nak ikut jejak langkah cikgu hadrawati..