Monday, July 30, 2012

Umur yang semakin meningkat..

Kalau dah arini besday ku..haruslah entry pasal besday ku kan.so far..xde apa beza sambutan besday aku compare ngan tahun2 lepas.beza nyer aku dah bertukar status.bezanya..ucapan dah bertambah..cecece..
ucapan2 ikhlas dari kwn2..sedara mara suma memang dr macam2 versi la.ada yang pendek..ada yang panjang.tp aku rasa..ucapan paling ringkas bila org tulis..HB.owh..sgt la ikhlas ucapan tu.ahaha.xpe la..aku terima seadaanya.

tapi..ucapan yang paling2 buat aku terharu..semestinya datang dari chenta hatiku...walaupun agak ringkas..tapi aku tetap keharuan..walaupun tanpa candle light dinner..ataupun suprise party utk aku..cukup la sekadar ingatan dari dia.hadiah..masih dirahsiakan.aku arap2 dapat la samsung galaxy SIII tu..hahahahhaa...

Muhammad Hanif:  
SELAMAT HARI LAHIR RUSUKKU...SEMOGA IMAN DAN KESABARAN SENTIASA MENJADIKAN DIRI TABAH ATAS SEMUA UJIAN ALLAH YANG MENDATANG
Nurliyana Bahari:
terima kasih jantung hatiku!!..

husbennnn..sangat merindui muuu...wo ai ni!


 p/s: sila jangan muntah bc entry ni...batal posa kang..

Sunday, July 29, 2012

mengisi masa lapang..

seriusly aku xsangka kita dah seminggu berpuasa.aku bayangkan kita baru 5 6 hari berpuasa.rupa2nya dah 9 hari berpuasa.dan aku xsangka aku berjaya berpuasa 9 hari ni.kalau ikutkan masa puasa ganti aritu..rasa macam xboleh nak berdiri..lembik semacam jer.ala2 kucing dalam entry aku sebelum ni la..terkelepek je kat kerusi kan.tapi alhamdulilah..aku masih sihat n mampu berpuasa.tapi..dalam masa yang sama..risau gak ngan berat baby aku.memandangkn last checkup aritu..berat dia baru 1.4kg..arap2...naik la skit berat dia skrg.

rasanya..banyak perkara yang aku rasa xsangka berlaku dalam hidup aku..

kalau kenang awal2 mengandung dulu..aku xsangka aku boleh lepas hingga ke 8bulan.bila doktor mengingatkan yang kandungan aku mungkin ada risiko2 yang xnak la aku sebut dah..memang hati ni sedih je memanjang.tapi aku rasa..berkat doa semua orang kat sekeliling aku..alhamdullah..kandungan aku berjaya bertahan sampai 8bulan..n insyallah boleh bertahan sampai masa matang dia..tu la yang dikatakan the power of doa.

eh tadi kata banyak benda yang xsangka berlaku..tapi baru 2 jer.ahahahahaa..yela kan..ada tu ada..tapi xyah la nak kepoh2 kat sini.apa2 pun..bagi aku..berdoa la banyak2 bila kita mengharapkan sesuatu.orang mungkin boleh bagi macam2 teori..tapi Allah yang akan menentukan segala2nya..

p/s:tajuk entry aku tu menunjukkn keadaan aku sekarang yang tgh boring..hoh..




Wednesday, July 25, 2012

conversation merapu...

fizah hafizah:
ni aku nk crita
ada bdk laki sorang ni dia student baru
tetiba dia msuk masa aku ngn kak ct duk tgk masak2 tadi
dia kata lectruer dia bagi asemen
suh cari maklumat pasal staff
xcukup lagi dua org
aku pon tulis la
lepas dia kata nk gambar
aku kata xleh2
amek ja gambar2 kt tenet yg pakai tdung
kak siti ust bahiyah aku prof muhaya or irma
 
Me:
xleh blah
irma tu xtahan
fizah hafizah:
 
Me:
skit pun xde iras irma
haih
fizah hafizah:
ha la tukar prof muhaya
 
Me:
hahaha..xpe la..skali skala kan
aku dpt jd norjuma pun ok gak
sweet jer
ahahahaha
 
fizah hafizah:
tdo weh tdo
 
Me:
 
fizah hafizah:
norjuma xbest
aku rasa btter ang jadik diana amir
tangan dibahu mata ke ats
 
Me:
oh man..walaupun tgn dibahu mata ke atas..tp aku ttp rasa terharu
 
fizah hafizah:
amek la amek la
aku mls nk bekira ngn ibu2 mengandung ni

moral of the story:walaweh..aku ala2 diana amir la..aahahahaha..thanks pizah..

Thursday, July 19, 2012

posa lah posa..


Esok dah puasa...tapi hati aku rasa sayu sangat-sangat.sebabnya,tahun pertama puasa dah bergelar isteri..tapi terpaksa puasa jauh-jauh ngan suami.aku tau..sapa-sapa yang baca entry ni mesti rasa meluat..menyampah..n kata aku ngada-ngada.dah bosan kot dengar rintahan aku ni kan.tapi..tu la perasaan aku sekarang,mungkin ditambah dengan keadaan diri yang memerlukan suami berada di sisi..so perasaan sayu tu melebih-lebih sekarang ni.tapi mungkin jugak ada hikmahnya kami berjauhan.sebabnya..belum tentu aku mampu masak untuk berbuka n sahur.ikut pengalaman puasa ganti aku..bila dah sampai waktu petang-petang,aku dah separuh pengsan..xde tenaga macam 5 hari xmakan.

 lebih kurang camni la keadaan aku

so bila pikir-pikir balik..biarlah suamiku berdikari di perantauan nun.pandai-pandai la dia masak..beli..lauk-lauk berbuka dia.insyallah tahun depan dah boleh jadi isteri mithali kot.doa-doakn la yer.yang penting sekarang ni..anak aku selamat..fokus-fokus..xyah sedih-sedih sangat la noly oihhh.ok la..slamat berpuasa kawan-kawan..tingkatkn ibadah puasa kali ni..

Tuesday, July 17, 2012

kadang-kadang..

senang kita nak kenal sapa yang betul-betul ambil berat kat kita time kita susah..time kita sakit.xpayah la kita susah-susah pikirkan kepentingan orang lain yang xpentingkan kepentingan kita.apa-apa yang terjadi..kita yang akan tanggung derita tu..kadang-kadang memang kena pentingkan diri sendiri..

p/s:sedang memotivasikan diri supaya xjadi mulia sangat n ikut kehendak orang..sob2..

Saturday, July 14, 2012

lagu yang sweettt bangat..

aku jumpa lagu ni kat fb kawan aku.kalau tgk nama band..mmg xde motif lnsg la aku nak klik lagu tu.tapi kalau tgk tajuk dia..cam best.so aku pun klik la kat lagu tu.tup2 bila dengar..wahhh..sweetnya lirik lagu ni.lagu dia pun leh tahan la.membuatkan jiwa aku yang jiwang2 karat ni tergoda nak ulang2 banyak kali.then terus berangan..kan best kalau laki aku nyanyikan lagu ni kat aku..compom meleleh la air mataku ini..heheh.tp berangan je la..sbb laki aku bkn jenih romantik cenggitu..

ok..layankn la lagu sweet ni yer..


Thursday, July 12, 2012

Ayat 1000 Dinar

entry kali ni..aku nak berkongsi ilmu ngan kawan2.kalau sebelum ni asyik entry meroyan je kan..so sempena bulan ramadan yang hampir tiba ni,kita sama2lah tambahkan amalan pahala kita yer.mungkin ramai yang dah tau kelebihan ayat seribu dinar ni.aku yang jahil agama ni..disedarkan oleh suamiku tentang kelebihan ayat ni.terus terang..memang aku xberapa nak hafal sangat ayat ni sebelum ni.tapi alhamdulilah sekarang dah sentiasa amalkan baca ayat.meh sini aku share apa kelebihan dia..

search dr google..hehe:


Hikmat Dan Khasiat Ayat Seribu Dinar


‘Yang sakit akan sembuh, yang hitam akan putih, yang keruh akan jernih’.

  1. Ayat ini jikalau diamalkan setiap kali lepas solat sebanyak 3 X, Insya’Allah akan beroleh seribu faedah.
  2. Sesiapa yang beramal ayat ini Allah ta’ala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.
  3. Jika dibacakan kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 X dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 X diberi minum, Insya’Allah si pesakit akan sembuh.
  4. Jika mengalami masalah berat, seperti kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, huru-hara dan peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara. Beramallah selalu dengan ayat ini selepas solat fardhu, mudah-mudahan segala kesukaran mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.
  5. Jika bertempur menentang musuh, tidak binasa disebabkan terbakar, tidak lut dengan pukulan besi dan tiada mudaratdari sebarang benda yang bahaya. Hendaklah mengamalkan ayat ini dan bertawakkal kepada Allah SWT.
    1. Baca ayat ini sesudah solat lima waktu,
    2. Baca ketika hendak tidur tiga kali,
    3. Baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.
.
Selepas mengetahui hikmat ayat ini, eloklah diamal, dihafal dan difahamkan maknanya sekali sebagai bekalan kita ketika menghadapi segala kesusahan dan kesengsaraan yang tidak kita jangkakan di masa mendatang.

Alhamdulilah,nampak kesannya bila aku dan suami sentiasa di beri kesenangan setiap kali ditimpa sesuatu kesusahan.

RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL....

Tuesday, July 3, 2012

apa jadi nanti yer..

hari ni kesekian kalinya..aku gi chekup kat hospital.memandangkan aku ni berurusan ngan hospital kerajaan..even nak ambik nombor untuk ambik ubat pun aku terpksa beratur panjang.Ya Rabbi..nak menangis tengok barisan yang panjang tu.

 menangis x kalau cenggini panjang nyer..

tapi bukan kisah menunggu lama yang aku nak story..tapi pasal kisah sepasang suami isteri ni.usia mereka dalam 30an la.yang si isteri ni beratur la belakang aku.xsilap aku dia pun pregnant kot.mulanya dia suruh suami dia yang beraturkn untuk dia..tapi suami dia ngan nada suara yang agak tinggi..suh isteri dia yang beratur.masa tu menyumpah dah aku kat suami dia..hampeh tul.pastu dalam beberapa minit kemudian..dia panggil suami dia yang sibuk tgh baca paper.skali lagi dia suruh suami dia beratur.er..camni la lebih kurang dialog diorang:

isteri: abang..tolong la beratur..i sakit kepala la..
suami:ala..bukannya ada tempat duduk pun
isteri:tu ada..kat ujung tu..
(si isteri terus pegi duduk)
suami: (merengus sambil beratur)

time tu..teringatkan suami aku.kalau la dia ada...dia xkan suruh aku beratur.cepat2 dia akan cari kerusi untuk aku duduk.dia xkan biarkan aku berdiri lama2.tapiiiiiiiiiiiiiiii...agak2nya..mcm mana situasi kami untuk 4 5 tahun akan datang.agak2nya sama macam pasangan tu ker.huhuhu.sekarang memang la sumanya indah..tapi lelaki ni..sampai bila agaknya sikap caring tu ada dalam diri diorg yer.harap2 la..sikap caring..bertanggungjawab suamiku itu berterusan la sampai ke akhir hayat.