Wednesday, July 10, 2013

Cerita puasa saya..

Assalamualaikumm

Wah..tajuk macam karangan budak sekolah kan.ahahaha.xpe la..skali skala...Ok..alhamdulilah..tercapai jugak hasrat aku n suami untuk puasa sama2.tahun lepas..time puasa adalah time aku berpantang dr semua makanan.waaaa...azab tau. jadinya peluang nak masak2 untuk suami tu belum bekesempatan. so tahun ni..awal2 lagi aku dah berazam nak masak sendiri dari menu utama sampai la ke dessert. tapi semalam sempat gak bejalan2 kat bazar ramadan teluk intan. hmm...sedih skit la compare ngan ipoh. memang xbanyak choice. tapi bagus jugak..memang leh elakkn dari aku membeli. so semalam..buat pertama kalinya aku ke bazar ramadan tanpa membeli apa2. hebak kan..haha..

so menu pertama di hari pertama puasa semalam ialah..makanan feveret suamiku. sup daging n sayur campur. for dessert plak aku buat kuih kegemaran dia gak.onde2.huwaaaa...aku rasa nak menangis keharuan sebab berjaya wat kuih tu. pertama kali ok...aku wat kuih tradisional. sebelum ni setakat cucur udang tu aku biasa la wat. hehehehhehe..walaupun belum2 ckp2 menepati piawaian rasa dia..tp komen dari dia..ok la..hahaha.oh untuk air plak..aku wat air mango.slurp...mengancam woooo air aku.

so walaupun juadah ala kadar..tapi ktorg 2 sampai berat la nak bangun solat maghrib.erkkk..alhamdulilah dengan rezeki Allah. 

oh ye..aku baru berpeluang berterawih sekali je..iaitu pada malam sblm puasa. itu pun try2..nak tgk irfan leh behave ke x. aku pas irfan kat suami aku time terawih tu. alhamdulilah..Tuhan nak tolong ktorg kot. ada la sekumpulan budak2 laki ni..suka main2 ngan irfan. jadinya..diorg la yg jaga irfan sepanjg suamiku solat. tapi malam td aku xpegi..sebab awal2 lg dia dah meragam. jadinya..solat kat umah je la.

ok..so to be continue..daaaa

p/s:terlupa lagi nak snap gmbar makanan..hahaha...

Monday, July 8, 2013

penghijrahan..

Assalamualaikum..

weehuuu..buat pertama kalinya aku beronline dari teluk intan.hehehe.masuk ari ni..dah 2 hari aku berhijrah ke sini.alhamdulilah..so far xde masalah sangat.keje rumah masih banyak yang nak buat.dengan melayan irfan yang xmo duduk diam.so buat masa  ni aku xrasa bosan lagi duduk rumah. cuma yg frust..nak berintenet kena tggu irfan tido..kalau x..dia yang akan conquer. 

buat masa ni..rumah aku belum ada astro..so 2 hari ni..nak xnak..aku melayan hampir suma cerita indon.huh..rupa2nya petang2 memang belambak cite indon je. tengok cite indon ni bukan apa..tak abis2 aku menyumpah sebab banyak benor xlogik nyer..heh.

buat masa ni skill memasak aku belum teruji sangat la. suami pun jenis xmakan sangat..so aku masak ala kadar je la untuk aku n irfan. janji perut kenyang.

ok lah...esok kita semua stat berpuasa..SELAMAT BERPUASA yer sahabat2 semua..

untung la dia tgh tido...dapat berlagho kejap

Friday, July 5, 2013

Hokkaido Cup Cake

assalammualaikum..

ok..memandangkan sekarang aku dah bergelar suri rumah..jadinya..haruslah aktiviti aku banyak melibatkan masak2.actually cik stickynote dah penah request aritu..suh wat entry masak2 bila aku duduk rumah ni.ok..memandangkan minat aku lebih kepada baking2 ni..so aku nak share percubaan pertama aku wat cup cake.heh..sebelum ni bkn xpenah buat cup cake..tapi kebiasaanya aku wat guna tepung instant.so yg tu kurang mencabar la. so kali ni aku memang buat dr A-Z..guna tepung kek. tpi..malangnya..percubaan pertama aku ni gagal. sejujurnya..di sini aku nak wat pengakuan bahawasanya..cup cake aku jadi masin!muahahahhahaaha..kelakar kan.camne tah nak bisnes..kek pun leh jadi masin.ok..silap baca resepi je pun..tu je slack nyer..sob2..

ok..cup cake yg aku wat tu ialah HOKKAIDO CUP CAKE. aku suka cup cake ni sebab rasanya lain dari yg lain. cup cake lain..icing je lbh..tapi untuk cup cake ni..topping n inti dia sedaappppp...resepi ni aku belajr dari jiran sebelah umah aku.sekali rasa memang terpikat la.so apa lagi...aku pun semangat la nak cuba buat.


lebih kurang cenggini la rupa hokkaido cup cake tu. sori..aku masih xbiasa nak snap2 gmbr n masukkn dlm blog ni. Insyallah akan dipraktikkn nanti.

so resepi utk cup cake ni..senang je. 

Bahan A:
4 biji putih telur
1/2 tsp garam
30gm gula kastor

Pukul putih telur bersama garam dan kemudian masukkn gula. Pukul lagi sehingga kental. (bila di terbalikkn tidak jatuh)

Bahan B:
4 biji kuning telur
30gm gula kastor
40ml minyak jagung
40ml susu segar
1 tsp esen vanila
55g tepug kek
20gm tepung kastad
1 tsp baking powder

Cara-cara:
Aku nyer cara..aku campurkan kesemua bahan B tu dalam satu bekas. kemudian pukul kesemua bahan sehingga sebati. kemudian..campurkan bahan A ke dalam B.gaulkn sehingga rata. kemudian panaskn oven terlebih dahulu. masukkn adunan tadi ke dalam cup dan bakar selama 30min dengan suhu 170c. 

ok..sementara tunggu cake tu siap..sekarang kita buat krim kastard utk dijadikan topping n inti dia.

Bahan krim kastard:
2 sudu tepung kastad
3biji kuning telur
1 gelas susu segar
1/2 cawan gula
sedikit esen vanila
(saya ubah suai sendiri sukatan mengikut citarasa)

Cara-cara:
Sebatikan dahulu tepung dan susu dan masukkn ke semua bahan lain dan masak atas api yg perlahan sehingga pekat dan licin.

Apabila cupcake sudah masak, masukkn kastad ke dalam pipping dan tekan ke dalam kek sehingga melimpah ke luar sedikit. jadi kek kita akan berinti n ada topping atas tu. nyum2 kan..

ok..kalau nak nampak lagi cantik..hiaskan sedikit buah strawberi/peach/kiwi atas cupcake tu..

dah siap!
so bolehlah hidangkan masa raya nanti..

Tuesday, July 2, 2013

bermulanya episod baru..

Assalamualaikum

semalam secara rasminya aku dah bergelar suri rumah. er so far belum secara rasmi la sebabnya aku masih duduk kat umah mak aku. insyallah minggu depan baru berhijrah ke teluk intan. bekerja sbg suri rumah ni..punch kad nyer seawal subuh ok..kebetulan semalam..suamiku ada kat umah.so bangun subuh tu dah terus ke dapur..dah kena prepare breakfast. tp nasib baik lakiku xdemamd.setakat roti bakar tu dah ok je. n semalam aku agak bz sbb pg2 dah kena siapkn irfan sebab nak bawak dia gi klinik.tu kira praktis nak siapkn irfan bila dia nak ke sekolah nnt la kononya.heh.ok balik dr klinik..alhamdulilah mak aku dah ke dapur nak masak..so aku just tolong skit2 je. jadinya cabaran kat situ masih kurang la.masalah aku sekarang ni ialah..irfan lansung xnak berenggang ngan aku. aku nak bangun basuh tgn pun dia meraung. macam mana la tu. cmni susah la aku nak uruskn bisnes aku..eceh. jadinya..bila dia tido..itu je la masa utk aku nak buat apa.

jadinya korang nampak x waktu bilanya aku dapat duduk rehat. kesimpulannya..suri rumah ni bukan la semudah yg di sangka.tp aku puas hati sebab irfan ada depan mata aku.sihat ke..sakit ke..aku sendiri yg boleh tgk.

orait..nanti story lg okeh..

Tuesday, June 18, 2013

Jemput like!

Kawan-kawanku yg baik hati..cantik..comel..jom pakat2 like page baru saya kat muka buku tu..LITTLE IRFAN BABY STUFF. Fokus kepada barang2 bayi dan keperluan wanita.Sesuai untuk semua golongan usia n jantina..beli untuk diri sendiri boleh..beli untuk hadiahkn kepada kawan2 pun boleh.So apa lagi..jom like page LITTLE IRFAN BABY STUFF..


TQ kawan-kawan!!!


Tuesday, June 11, 2013

Finally..

Wehuu..jumaat lepas adalah hari yang paling menggembirakan aku sebab aku berjaya mengeluarkan sebiji beban dalam kepala aku yang dah lama aku simpan.kekekkeke..apa kebendanya tu kan.yeah..aku dah berjaya meresignkn diri aku..dan menukar kerjaya aku kepada suri rumah sepenuh masa.Serius..aku rasa sangat2 lega sebab sekian lama aku menderita menghadap insan2 yang aku xsuka kat opis ni.tolong..tolong jangan cakap aku jenis xreti bersyukur..suka merungut..tapi hakikatnya..hati aku dah xtertahan nak menanggung penderitaan kat opis aku ni.huhuhuh..

actually bukan senang nak buat keputusan ni.sapa la yg suka xde duit kan.tapi..buat apa la ada duit tp hati xhepi.betul x..betul x.yer..aku tau lepas ni aku dah xmampu nak berjoli beli baju aku..baju anak..tapi..aku sentiasa percaya yang rezeki tu dari Allah..InsyaAllah aku akan rasa cukup dengan apa yg aku dapat nanti.so...dengan restu suami tercinta..maka..berjayalah aku keluar dari tempat puaka ni..dan akan menjalani kehidupan yang biasa2 di luar sana.yang penting..aku dapat tengok anak aku membesar depan mata.

so apa aku nak buat lepas ni????ngeh..memang macam2 idea yang kawan2 bagi..ada yg suh wat bisnes..jaga anak orang..sambung belajar..tapi buat masa ni..aku rasa macam nak rilek2 dulu.niat hati nak membesarkan anak aku sendiri..xnak orang lain ajar dia yang bukan2.biar la dia kenal huruf..kenal alif ba ta.. semua dari aku..

apa2 pun..thanks kat kawan2 yg banyak bg support kat aku sepanjg aku tension2 ni.aku arap..bila aku dah wat bisnes nanti..korang leh la tolong aku beli barang aku ek...pertolongan korang nanti amat2 la aku hargai.hahahahhahahahaha...
Yeay!!!lps ni ari2 leh jumpa ibu..

Tuesday, June 4, 2013

korang....

korang..bukan senang kita nak buat satu keputusan yang melibatkan masa depan kan.tapi sebenarnya..suma ni depends pada diri kita.kalau kita percaya rezeki tu milik Allah..kita xkan rasa terbeban nak pikirkan satu2 masalah tu.just percaya yang Allah boleh bg kita rezeki bila2 masa Dia nak..n Dia boleh tarik rezeki kita bila2 masa jugak.dengan DOA..USAHA dan TAWAKAL..aku yakin kita akan rasa cukup dengan apa yang ada.

korang...aku nak berenti keje...ok x??huhuhuh

peace!