Friday, July 5, 2013

Hokkaido Cup Cake

assalammualaikum..

ok..memandangkan sekarang aku dah bergelar suri rumah..jadinya..haruslah aktiviti aku banyak melibatkan masak2.actually cik stickynote dah penah request aritu..suh wat entry masak2 bila aku duduk rumah ni.ok..memandangkan minat aku lebih kepada baking2 ni..so aku nak share percubaan pertama aku wat cup cake.heh..sebelum ni bkn xpenah buat cup cake..tapi kebiasaanya aku wat guna tepung instant.so yg tu kurang mencabar la. so kali ni aku memang buat dr A-Z..guna tepung kek. tpi..malangnya..percubaan pertama aku ni gagal. sejujurnya..di sini aku nak wat pengakuan bahawasanya..cup cake aku jadi masin!muahahahhahaaha..kelakar kan.camne tah nak bisnes..kek pun leh jadi masin.ok..silap baca resepi je pun..tu je slack nyer..sob2..

ok..cup cake yg aku wat tu ialah HOKKAIDO CUP CAKE. aku suka cup cake ni sebab rasanya lain dari yg lain. cup cake lain..icing je lbh..tapi untuk cup cake ni..topping n inti dia sedaappppp...resepi ni aku belajr dari jiran sebelah umah aku.sekali rasa memang terpikat la.so apa lagi...aku pun semangat la nak cuba buat.


lebih kurang cenggini la rupa hokkaido cup cake tu. sori..aku masih xbiasa nak snap2 gmbr n masukkn dlm blog ni. Insyallah akan dipraktikkn nanti.

so resepi utk cup cake ni..senang je. 

Bahan A:
4 biji putih telur
1/2 tsp garam
30gm gula kastor

Pukul putih telur bersama garam dan kemudian masukkn gula. Pukul lagi sehingga kental. (bila di terbalikkn tidak jatuh)

Bahan B:
4 biji kuning telur
30gm gula kastor
40ml minyak jagung
40ml susu segar
1 tsp esen vanila
55g tepug kek
20gm tepung kastad
1 tsp baking powder

Cara-cara:
Aku nyer cara..aku campurkan kesemua bahan B tu dalam satu bekas. kemudian pukul kesemua bahan sehingga sebati. kemudian..campurkan bahan A ke dalam B.gaulkn sehingga rata. kemudian panaskn oven terlebih dahulu. masukkn adunan tadi ke dalam cup dan bakar selama 30min dengan suhu 170c. 

ok..sementara tunggu cake tu siap..sekarang kita buat krim kastard utk dijadikan topping n inti dia.

Bahan krim kastard:
2 sudu tepung kastad
3biji kuning telur
1 gelas susu segar
1/2 cawan gula
sedikit esen vanila
(saya ubah suai sendiri sukatan mengikut citarasa)

Cara-cara:
Sebatikan dahulu tepung dan susu dan masukkn ke semua bahan lain dan masak atas api yg perlahan sehingga pekat dan licin.

Apabila cupcake sudah masak, masukkn kastad ke dalam pipping dan tekan ke dalam kek sehingga melimpah ke luar sedikit. jadi kek kita akan berinti n ada topping atas tu. nyum2 kan..

ok..kalau nak nampak lagi cantik..hiaskan sedikit buah strawberi/peach/kiwi atas cupcake tu..

dah siap!
so bolehlah hidangkan masa raya nanti..

8 comments:

  1. Cubalah hantar sini uncle rasa...

    tulis je takde feel lah...

    hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak..rasa terharu uncle request nak rasa kek saya..hee..insyallah..nnt ada la sampai dpn umah uncle..

      Delete
  2. hahahah aku xkan cuba buat kek titik!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. muhahahha..ok la..ok la..aku paham hg nyer selera lebih kepada kemelayuan..tggu..

      Delete
    2. sbb kes lecehhhhhhhhhhhhhh..byk step bukan sbb lidah melayu or omputih..and aku xminat kek wkaakkaakaka...

      Delete
    3. pizah layan carbonara, bolognese, marinara, manjalara....ehhh??? hahhaha....nak resepi kek yg sedap tapi simple..aku malas nawww kalo ada bahan a n bahan b..aku nak yg cmpak semua then siap....pls..request dr aku yg suci!!!

      Delete
    4. sbb tu jgn buat kek..mana ada kek main campak tahir weh..haahhaa

      Delete
    5. erkk?? x dak ka?? hampa....ngeh3

      Delete