Assalamualaikum
semalam secara rasminya aku dah bergelar suri rumah. er so far belum secara rasmi la sebabnya aku masih duduk kat umah mak aku. insyallah minggu depan baru berhijrah ke teluk intan. bekerja sbg suri rumah ni..punch kad nyer seawal subuh ok..kebetulan semalam..suamiku ada kat umah.so bangun subuh tu dah terus ke dapur..dah kena prepare breakfast. tp nasib baik lakiku xdemamd.setakat roti bakar tu dah ok je. n semalam aku agak bz sbb pg2 dah kena siapkn irfan sebab nak bawak dia gi klinik.tu kira praktis nak siapkn irfan bila dia nak ke sekolah nnt la kononya.heh.ok balik dr klinik..alhamdulilah mak aku dah ke dapur nak masak..so aku just tolong skit2 je. jadinya cabaran kat situ masih kurang la.masalah aku sekarang ni ialah..irfan lansung xnak berenggang ngan aku. aku nak bangun basuh tgn pun dia meraung. macam mana la tu. cmni susah la aku nak uruskn bisnes aku..eceh. jadinya..bila dia tido..itu je la masa utk aku nak buat apa.
jadinya korang nampak x waktu bilanya aku dapat duduk rehat. kesimpulannya..suri rumah ni bukan la semudah yg di sangka.tp aku puas hati sebab irfan ada depan mata aku.sihat ke..sakit ke..aku sendiri yg boleh tgk.
orait..nanti story lg okeh..
Tuesday, July 2, 2013
Tuesday, June 18, 2013
Jemput like!
Kawan-kawanku yg baik hati..cantik..comel..jom pakat2 like page baru saya kat muka buku tu..LITTLE IRFAN BABY STUFF. Fokus kepada barang2 bayi dan keperluan wanita.Sesuai untuk semua golongan usia n jantina..beli untuk diri sendiri boleh..beli untuk hadiahkn kepada kawan2 pun boleh.So apa lagi..jom like page LITTLE IRFAN BABY STUFF..
TQ kawan-kawan!!!
Tuesday, June 11, 2013
Finally..
Wehuu..jumaat lepas adalah hari yang paling menggembirakan aku sebab aku berjaya mengeluarkan sebiji beban dalam kepala aku yang dah lama aku simpan.kekekkeke..apa kebendanya tu kan.yeah..aku dah berjaya meresignkn diri aku..dan menukar kerjaya aku kepada suri rumah sepenuh masa.Serius..aku rasa sangat2 lega sebab sekian lama aku menderita menghadap insan2 yang aku xsuka kat opis ni.tolong..tolong jangan cakap aku jenis xreti bersyukur..suka merungut..tapi hakikatnya..hati aku dah xtertahan nak menanggung penderitaan kat opis aku ni.huhuhuh..
actually bukan senang nak buat keputusan ni.sapa la yg suka xde duit kan.tapi..buat apa la ada duit tp hati xhepi.betul x..betul x.yer..aku tau lepas ni aku dah xmampu nak berjoli beli baju aku..baju anak..tapi..aku sentiasa percaya yang rezeki tu dari Allah..InsyaAllah aku akan rasa cukup dengan apa yg aku dapat nanti.so...dengan restu suami tercinta..maka..berjayalah aku keluar dari tempat puaka ni..dan akan menjalani kehidupan yang biasa2 di luar sana.yang penting..aku dapat tengok anak aku membesar depan mata.
so apa aku nak buat lepas ni????ngeh..memang macam2 idea yang kawan2 bagi..ada yg suh wat bisnes..jaga anak orang..sambung belajar..tapi buat masa ni..aku rasa macam nak rilek2 dulu.niat hati nak membesarkan anak aku sendiri..xnak orang lain ajar dia yang bukan2.biar la dia kenal huruf..kenal alif ba ta.. semua dari aku..
apa2 pun..thanks kat kawan2 yg banyak bg support kat aku sepanjg aku tension2 ni.aku arap..bila aku dah wat bisnes nanti..korang leh la tolong aku beli barang aku ek...pertolongan korang nanti amat2 la aku hargai.hahahahhahahahaha...
![]() |
| Yeay!!!lps ni ari2 leh jumpa ibu.. |
Tuesday, June 4, 2013
korang....
korang..bukan senang kita nak buat satu keputusan yang melibatkan masa depan kan.tapi sebenarnya..suma ni depends pada diri kita.kalau kita percaya rezeki tu milik Allah..kita xkan rasa terbeban nak pikirkan satu2 masalah tu.just percaya yang Allah boleh bg kita rezeki bila2 masa Dia nak..n Dia boleh tarik rezeki kita bila2 masa jugak.dengan DOA..USAHA dan TAWAKAL..aku yakin kita akan rasa cukup dengan apa yang ada.
korang...aku nak berenti keje...ok x??huhuhuh
peace!
Tuesday, May 21, 2013
Kepada Mu Ku Berserah
Kadang-kadang..masalah yang datang tu xseberapa..tapi kita yang sengaja memberatkan dia sampai rasa macam dah xde sebab untuk hidup..gituuu.yer..itu la aku...yang suka sangat pikirkan sesuatu masalah sampai membebankan kepala otak aku.bila dah terbeban macam tu..mula la moody..xde mood..nak marah2..muka berkedut.dan effect nyer jugak akan terkena kepada husband n son..kesian kan mereka.
Ya Allah..rupa2nya xcukup kuat lagi iman aku ni untuk berdepan dengan masalah..Xtau macam mana nak ubah diri ini.
YA ALLAH..
Wednesday, May 15, 2013
selamat hari cikgu!
Dulu..aku penah jugak teringin nak jadi cikgu.nampak macam profesion cikgu ni ada style..di pandang tinggi dan mulia.dan aku rasa..sapa yg jadi cikgu ni selalunya jadi pilihan mertua2 di luar sana.hik hik.tapi kalau diberi pilihan pun..aku cuma nak jadi cikgu tadika je.aku xminat nak mengajar budak2 yg cukup umur ni.xpandai.
tapi itu dulu la..sekarang aku kena redha ngan keje aku sekarang.suka xsuka..aku kena teruskan jugak demi sesuap nasi.biar la aku jadi cikgu untuk anak2 aku nanti.
SELAMAT HARI GURU buat guru-guru di luar sana..teruskan mendidik anak bangsa supaya menjadi insan yang berguna..peace!
Sunday, May 5, 2013
mARI LA Mari
semalam..1st time dalam idup aku..aku gi mengundi.aku sekeluarga mengambil keputusan utk pegi ptg..so memang heaven la sebab xde orang..xpayah nak beratur panjang.sampai2 terus mengundi.tapi mengeletar gak la tgn tu masa kena calit dakwat "kekal" tu.mana x nyer..suma mata tumpu kat aku sorang.bila dah selesai mengundi..rasa bangga sangat sebab dah berjaya menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat malaysia.dah selesai mengundi..nebes lak nak tggu result..harapan tinggi sangat supaya calon yang boleh membawa kebaikan dunia dan akhirat akan menang.
so kita semua dah tau result..rasanya dah xpayah nak berbalah lagi la.kita doakan je la supaya pemimpin yang menang tu..dapat menjalankan amanah yang diberikan dengan penuh ikhlas dan bertanggungjawab.apa yang penting..kita sendiri ubah masa depan kita..kerana masa depan kita ialah AKHIRAT..
WASSALAM
![]() |
| saya pilih Islam |
WASSALAM
Subscribe to:
Posts (Atom)


