Wednesday, December 12, 2012

pengajaran..

Tak dinafikan..susu ibu ni memang bagus untuk baby.antibodi akan jadi lbh kuat..n orang kata..anak pun akan dengar kata klu diberi susu ibu ni.so far..alhamdulilah..irfan xpenah demam walaupun dah berkali2 dicucuk.tapi..harus diingat..apa yang ibu makan atau minum..akan ada kesan jugak pada si anak tu.dan itu la yg terjadi kat irfan..huuhuh.dek kerana kepentingan diri sendiri yang melantak rambutan n durian sampai lupa diri..kesannya..irfan kurang sihat 2 3 arini.dia batuk2 n bersin sekarang.waaaaaaa...sian anak ibu.dah tu..bukan buah2an tu je aku melantak..lately ni..ais pun aku dah kerap minum.ngan coolblog nyer..ngan bubbletea nyer.nampak x kekejaman di situ.huhuh.sedih tengok irfan batuk2 n bersin2.bila dah jadi macam tu..dia nak tido pun agak susah.n sapa gak yg terima padah........aku jugak!...mana x nyer..bila dia xdapat tido..aku pun xleh tido la..huwaaaaaaa....

so pengajaran nyer..sila la jauhkn diri ngan buah2 rambutan n durian ketika anda masih menyusukn badan.ais2 yg bisa mengoncangkan iman tu pun..sila la jauhkn.sedih..tapi demi anak aku..kena la bekorban gak..

irfan yang kurang bermaya


rindu ngan irfan yg ceria ni..uhuhuh

Sunday, December 9, 2012

meniarap!

8.12.2012

eyah..eyah..skit lg..kena berusaha ni!
yahuu..saya dah boleh meniarap!
 err..ibu..cmne saya nak baring balik ni..tolong!!!   

alhamdulilah..pada usia irfan 4bulan 6hari..dia dah boleh untuk meniarap.walaupun kepala dia xleh nak angkat lagi..tapi 1 perkembangan yang sgt baik utk baby prem macam irfan.

syukur!...

Monday, December 3, 2012

si kecil yang dah jadi montel..

semalam irfan genap 4bulan.ramai yg bertanya..irfan dah pandai apa.ok..irfan dah pandai senyum2 n bagi respon bila orang sembang2 ngan dia.dia pun banyak bunyi macam nak sama2 sembang.bawak pegi chekup semalam, berat dia dah naik..dah 5.2kg sekarang.wah..bayangkan korang kena bawak beras 5kilo ke hulu kehilir.beratttttt.memandangkan aku ni agak kering..so memang terasa la beratnya bila dukung dia.tapi alhamdulilah..irfan diberi kesihatan yang baik.setakat ni belum ada apa2 masalah lagi.susu untuk irfan pun..alhamdulilah cukup.berkat doa..usaha..n pengambilan supplement..teeheeeee.seboleh mgkn aku nak susukan irfan ngan susu ibu ni..sampai dia umur 2tahun.untuk suplement..aku amalkn produk shaklee.alhamdulilah sangat membantu.

tapi tah nape..2 3 ari lepas..irfan kurang menyusu.tapi yg guna botol la.ada sekali tu..1 botol je abis.bayangkn aku tgglkan dia hampir 9jam kat umah.balik2 umah..mak cakap dia minum sebotol je.hish..susah hati tul.tapi kalau secara direct..dia menyusu je cam biasa.mugkin irfan dah pandai kot.dia xnak minum guna botol..dia nak direct brestfeed.ohh sgt demand kot kalau camtu.n teruk la aku kalau betul dia nak macam tu.xpe2..akan aku paksa dia minum botol gak..ngade2

harap2 tu suma adalah perubahan sebab dia nak membesar.risau plak dia kurus kering klu xnak menyusu.oh yer..habit irfan sekarang ialah isap jari.dia punya isap jari..sampai berlumuih (tah betul ke x word tu..)

hehe..ok..xsabar tggu irfan panggil ibu

nyum2..sedapnya jari saye..     






Thursday, November 15, 2012

story hujung minggu

lately ni aku banyak amik cuti.bukan sehari dua..tapi direct seminggu terus.nak2 pulak..mood nak bekerja tu dah makin hilang..lagi la giat amik cuti.hasben pun dah mula merajuk ngan opis dia..sebab permohonan nak tukar tu xnampak bayang lagi.dia pun dah mula nak wat perangai ngan harapan bos dia xsuka dia dah n lepaskan dia untuk bertukar.keh2..xtau la leh pakai ke x teori tu.kitorang xbercuti ke mana pun..lebih banyak abiskan masa kat rumah.memandangkan irfan masih kecik..so kena bersabar la sket.lagipun kalau kuar jalan2..memang amik masa lama..sebab kejap2 berenti..melayan kerenah irfan yang nak menyusu la..berak la..xnak dok dalam stroller la..haih..macam2.kalau dulu..sekarang nak solat pun kena gilir2.tu yang payah kalau keluar tu.tapi kitaorang sempat gak menghabiskan masa mendaki cameron higland.tu pun orang2 tua bising kenapa bawak irfan masuk hutan.huhu..hutan ke..cameron tu ok wat..xde la hutan sangat.actually aku yang nak sangat naik cameron tu..nak tenangkan pikiran la konon.tu yg buat dek je apa orang sekeliling cakap.huhuhu..anak durhaka kan..kekeke.alhamdulilah irfan sihat je walaupun kemana ibu bawak.



irfan masuk kete je terus tido
tapi kuar kete terus melalak nak menyusu..huhuh..
ok..muka puas si irfan
merenung nasib 2 beranak..



ok dah kena sambg keje balik..daaa










Tuesday, November 6, 2012

aku yg tersepit

aku paling xsuka bila terpksa buat pilihan antara keluarga n keje.kalau boleh..kita nak ikut kehendak suami..tapi dalam masa yang sama..kita ada keje yg kena wat.paham2 je la kalau keje swasta ni.kalau dah menunjukkn performance yang xbaik..mula la pandang kita ngan pandangan yg sinis.padahal bukan buat apa pun..cuma kerap amik cuti je pun.yela..memandangkn hubungan jarak jauh ni..so bila nmpk peluang nak cuti tu ada..mesti la nak cuti kan.xsonok la time cuti..sorang kat utara sorang kat selatan.huhuh..memang xtahan sebenarnya.ikutkn hati memang nak berenti keje sekarang.tapi cakap tu xsemudah nak buat.berenti keje ni buka semudah abc.bagi surat resign..pastu boleh berlibur ngan senang hati.oh tidak..banyak lg benda nak wat bila dah berenti ni.tu sebab kena pikir 500x klu nak berenti.serabut..serabut..dugaan..dugaan.

Saturday, September 29, 2012

botol oh botol

memandangkan aku ni wanita bekerjaya yang terpaksa tinggalkn anak dirumah..so aku xdpt nak direct bf kat dia.dari awal pantang lagi aku dah simpan stok susu untuk irfan.aku dah nekad nak bg susu badan sekurang2nya sampai irfan 6bln.so kena usaha skit la perah susu badan ni.sejak seminggu lps aku dah try ajar irfan minum susu guna botol.alhamdulilah..xsusah nak ajar irfan guna botol susu.cumanya..irfan ni agak high maintenance la.mula2 aku ajar dia guna botol susu murah je..jenama Tollyjoy..tp dia xnak..siap tepis ngan tangan dia botol tu.mungkin disebabkan puting botol tu agak besar n keras tu sebab dia xnak kot.memandangkan dia pun dah melalak..sesi mengajar dia terpksa dihentikan n terpksa menyusu badan gak.

ni la botol yang direject irfan..

pastu kak aku offer botol susu yang dia penah beli untuk anak dia..tapi anak dia xnak pakai.agak mahal botol tu..rm80 sebiji.yang aku beli tu hinggit2 je.jenama mimijumi.puting dia ala2 puting manusia..n agak lembut la.ha yang ni..sekali sua je kat mulut irfan..laju je dia abiskan susu tu.see..macam agak demand kan irfan ni.

ni la botol mimijumi tu..unik kan..

 tapi xpe la..yang penting irfan nak menyusu guna botol.lega la hati aku nak tinggalkan dia nanti.cumanya aku kena giatkan usaha untuk pam susu aku supaya cukup untuk irfan.seboleh mungkin aku xnak bagi susu formula.insyallah ngan minum susu ibu ni..irfan akan jadi anak yang baik.

 yeay..pandai anak ibu isap botol..



Friday, September 28, 2012

kuku oh kuku

antara cabaran dalam menguruskan irfan ialah bila nak potong kuku dia.kuku dia cpt gak pnjg..mcm kita2 ni.kira kena potong smggu skali gak la.kuku dia mmg panjg klu xpotong n dah mencederakan muka dia pun sebab tangan dia sgt la aktif walaupun bukak sarung tangan time mandi je.bila dia cakar muka dia..dia plak yang melalak lebih2.so nak xnak kena la potong kuku dia.tp memandangkan tangan dan kuku dia sgt halus..so aku pun terpaksa wat keje ngan sangat la berhati2.tapi...arini..aku dah tercederekan kuku dia yg comel tu...huwaaaaaaaaaaaaaa...melalak xhingat la dia.sian anak ibu..merah skit jari dia.huhu..nasib baik xberdarah.sempat potong 3 jari je.biar la dia bertenang dulu..esok2 baru ibu sambg potong yer.

terus tido lps nangis xhingat..sowi yer cayang


p/s:hmm..baru anta email kat HR request sambg cuti sampai mid oct..arap2 approve..huhu