Sunday, April 6, 2014

Hepi beseday..

Assalamualaikum..

Hi all..
Agak renggang hubungan aku ngan media sosial sejak kebelakangan ni.aku agak keletihan la sekarang ni sementara nak tunggu adik irfan ni keluar ke dunia ni. sibuk ngan mendobi barang2 baby..sibuk ngan irfan..n sibuk ngan kerjaya suri rumah aku ni.memang agak penat.perkembangan kawan2 pun aku ketinggalan skit.huhuh..

xde apa nak story sebenarnya..cuma tiba2 terasa nak cerita pasal anak2 buah aku.teringat masa awal2 dapat anak buah dulu. selalu aku up story pasal budak berdua ni..iaitu Raudhatul Jannah n Muhammad Zakwan. minggu lepas iaitu 4/4 n 5/4 ialah hari jadi diorg yang ke 4tahun. wah..dah besar dah anak2 aku tu. n tahun ni diorg berdua sama2 dah masuk SKOOL..(bahasa mak2 zaman sekarang)..

so anak2 sekalian...hepi besday..semoga menjadi anak yang soleh dan solehah...mak uda wish all the best utk korang berdua..

zakwan..
 
adah

Wednesday, January 8, 2014

think positif!

Assalamualaikum..
 
Mengandung kali ni feeling aku lain macam sikit. bukan xhepi or excited..tapi aku lebih banyak risau. setiap kali jumpa doctor..diorg selalu remindkn aku risiko2 bersalin nanti. kalau masa irfan dulu..risiko lebih kepada baby..tapi kali ni lebih kepada diri aku sendiri. dengan luka jahitan yang mungkin belum pulih sepenuhnya..dengan kewujudan fibroid yang mungkin mengganggu perkembangan bayi..semua tu boleh mendatangkan maut.huhuhuhu..yer..mungkin salah aku sebab xikut cakap doctor..xmerancang. tapi nak buat macam mana kan...suma ni takdir.
 
apa yang aku boleh buat sekarang ni..teruskan berdoa..jaga diri..dan berserah je la kepada Allah. 4 bulan pertama aku mengaku yang aku memang xamalkn lansung vitamin...makanan berkhasiat..asyik minum ais je. tapi dah masuk bulan ke5 ni..kesedaran tu dah datang.hehhee. aku dah stat makan ubat yg doctor bagi..minum air masak banyak..minum susu..amalkn makanan2 sunnah.tu pun setelah di ceramah panjang oleh en suami.
 
oh yer..cerita pasal makanan sunnah..kalau ada ibu2 hamil yang susah nak telan kurma..kismis...buah tin..zaitun..delima..madu..apa kata cuba amalkn Qaseh Gold. bagi aku..amalkn minuman macam Qaseh Gold ni kurang sikit kesan2 sampingan.
 
so kalau ada siapa2 yang teringin nak cuba Qaseh Gold ni..boleh la dapatkan segera yer. xsemestinya untuk ibu mengandung..untuk semua wanita xkira usia sesuai amalkan. harga dia pun ok..rm71.90..
 
sesiapa berminat..boleh mesej kat no ni yer..0197501330..
 

 

Sunday, January 5, 2014

hepi..hepi new year!!

Assalammualaikum..

Selamat tahun baru! azam???okeh..maleh nak setkn azam baru sebab memang xkan betui2 buat nyer. tapi aku tetap inginkan suatu perubahan dalam diri aku. setelah berdiskusi panjang ngan en suami masa dinner semalam..aku berniat untuk merombak diri aku menjadi seorang insan yang lebih solehah. hehehhee. yup..itu yang diinginkan oleh en suami. dia kata..jangan serabutkan kepala dengan pikir nak cari keje. dia suruh aku tumpukan perhatian kepada rumah tangga and anak2. tapi dek kerana komitmen terhadap hutang piutang dan juga ibu bapa..aku terpaksa meminta izin beliau untuk melaksanakan sedikit bisnes, oho..bisnessssss...harap2 bukan hangat2 taik ayam kali ni.
 
untuk tahun baru ni...Alhamdulillah kami sekeluarga dapat memiliki rumah sendiri. ops..jangan bayangkan rumah kami besar bak istana..tapi hanyalah pondok kecil yang membolehkan kami berteduh. hehehe..serius..rumah kami xla semegah orang lain..tapi Alhamdulillah..dengan bajet yang ciput..dapat la kami beli rumah sendiri. nak upload gambar kat sini pun segan.hehehe.
 
perkembangan lain...untuk pertama kalinya..berat aku dah cecah 45..yeah..congrats...hahahhaa
 
ok uollsss...hepi new year!!!

Wednesday, December 11, 2013

Epan oh Epan..

Assalamualaikum..

Hari ni aku terbaca kat fb pasal tips mendidik anak. very good info la.rasanya xperlu aku selitkn kat sini sebab rasanya ramai yg dah baca info tu kat fb. Bagi aku mendidik anak ni, especially umur 0-3 thn mmg satu keje yang mencabar. keje kat opis tu setakat celah gigi la senangnya. lebih2 lagi suri rumah macam aku..yang mengadap anak 24jam. macam2 benda yang akan berlaku dari pagi sampai la ke malam. kita nak makan ke..nak tido ke..pun kena curi2 masa.

Bagi aku..perhatian kat anak la didikan paling penting untuk anak. kalau dia sentiasa layan kerenah dia..ajar dia sesuatu yang baik..insyallah baik la anak tu. macam irfan..bagi aku dia seorang anak yang baik. bila aku mintak dia buat sesuatu..dia akan buat. contohnya..kalau nak pegi mandi..aku suh dia letakkn dulu mainan dia dalam bakul. yes..dia buat..walaupun kadang2 bakul dia tu ialah lantai.heh.
 

actually irfan masuk umur sethn ni baru aku belajar erti kesabaran. kalau masa kerja dulu..bila aku balik keje..penat..nak tido..aku selalu marah dia kalau dia meragam.xpatut kan..padahal time aku kat rumah ni la dia nak bermanja dengan aku kan. yer..aku baru sedang sekarang.

tu sebab bila irfan ada buat salah..n hanif marah dia..aku akan tegur hanif balik.anak tu xsalah apa pun..xpaham apa pun yang dia buat..so kita sebagai orang besar..kena la sabar layan kerenah dia.

sebenarnya..entry ni bukan ada apa2 pun..cumanya..semalam irfan dah koyakkan Al-Quran..huwaaaaaa...sehelai je pun. tu pun salah aku la..terleka tengok tv. hai la hati..sabar je la..

banyak sangat dah akai dia..

Monday, December 9, 2013

perkembangan

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..minggu ni 'adik irfan' dah nak masuk 4 bulan.setakat ni aku xde alami apa2 masalah kesihatan lagi..kecuali darah rendah yang menyebabkan aku asyik sakit2 kepala je.ubat yang doctor bagi xnak makan..cenggitu la jadinya.darah mmg xstabil je la.tapi kalau mengenangkn kenangan mengandungkan irfan dulu..masuk bulan ketiga..aku dah stat menginap kat hospital dah sebab sakit perut.tapi alhamdulilah..so far xde sakit2 lagi.mungkin fibroid aku dah mati kot kat dalam tu..ceh.
 
pregnant kali ni..aku xde nak mengidam nak makan apa2 pun.tapi aku banyak mengidam nak berjalan.tempat yang paling aku teringin nak pegi..Cameron.huhuhh.payah kot..sebab aku xlarat nak harung jalan yang bengkang bengkok tu.jadinya..terpaksa pendamkn nanti.apa la jadi kat anak aku nanti yer.kuat berangan agaknya yer..sebab dok teringat2 je Cameron tu.huhuhuh..
 
perkembangan irfan..sekarang dia dah boleh jalan..dah pandai angkat takbir kalau dengar orang nak solat..dah boleh la rukuk..hehhee..seronok tengok sampai xkusyuk solat aku.
 
apa2 pun..doakan semuanya selamat sampai masanya yer..
 

Wednesday, November 13, 2013

entry xde arah tuju..

aku ni rajin gak la baca gosip2 artis kat intenet ni.yela..klu baca isu semasa..lebih banyak yang mengarut dari yang betui nyer.tapi..tah kenapa sejak kebelakangan ni..berita2 artis dah makin melampau2 mengarutnya sampai maki hamun aku membacanya.heh!aku paling menyampah kalau baca pasal isu retis yang seksi2 ni.komen diorg bila peminat mempertikaikan pakaian diorg..betul2 menunjukkn yang diorg ni jahil sesangat.pastu lansung xde rasa bersalah.ye ye..aku tau..kalau xsuka..xyah baca.tapi aku terbaca gak ni..hahhaahha.kalau dulu..seronok dapat lepaskan geram ngan cik stickynote tru YM..tapi sekarang dah xleh dah.so nak xnak terpaksa aku luahkan kat blog ni.

eh..apa la yang aku mengarutkan ni...

arghhhhh...xtau nak watpe nih!!!!

Thursday, October 17, 2013

Berita terkini..

Assalamualaikum..

Hmm..berita terkini..aku sekarang jadi guru ganti kat sekolah yang agak bermasalah. berbeza dengan sekolah sebelum ni yang agak cemerlang..sekarang aku kena hadap budak2 yang agak kureng ajar. tapi xpe..nasib baik sebulan je..tabahkn je la hati. samseng kampung ni xde apa sangat la. aku jeling skit..diam la diorg tu. majoriti student sekolah tu..cina n india. wah..memang pengalaman yang baru okeh.

Hmm..berita yang lain..hmm..hmm..Irfan saya bakal jadi abang long..hehehehehehe...serius terlajak bajet. cmne tah leh terbabas ni. so far sekarang aku baru 2bulan pregnant. lum gi cek kat hospital pun. tapi dah kena bebel ngan nurse kat klinik kesihatan n kena bebel ngan dr shidah a.k.a kak nyah aku.huhuh. sesungguhnya aku sangat bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi ni.. cuma aku agak nebes mengenangkn sakit aku yg belum sembuh. 

apa2 pun..aku berharap semua kawan2 dapat mendoakan kesihatan aku n baby..

bakal abg long..