apa perasaan korang kalau korang tiba2 diberitahu yg korang ada penyakit serius..huhuh.apa agaknya tindakan kita time tu kan..menangis??pengsan??cool??..huhu..takutnya nak tau suma ni.arap2 ada berita baik la..bukan berita buruk...mintak simpangg la dari berlaku apa2...xpuas lagi nak menikmati hidup ni..
p/s:...........................................
Tuesday, January 10, 2012
Thursday, December 29, 2011
my wishlist..
Kalau tengok status2 kawan kat fb tu..suma pakat2 dah pikir azam tahun baru.tp tahun ni aku rasa macam malas nak ada azam2..sebab azam tu seblum masuk tahun baru je..tepat 1 januari..sure aku dah lupakan azam2 aku tu.so tahun ni..aku cuma ada harapan je..
1. dimurahkan rezeki..
2. dapat dok sebumbung ngan en husband..
3. dapat keje yang lebih membanggakan..
3. pandai masak..
4. berbadan 2..
5. lebih cantik..
ni la harapan2 aku.aku xmintak lebih n merapu2..aku cuma berharap yg 5 ni je...

SELAMAT TAHUN BARU KAWAN2..SAYA DOAKAN YANG BAIK2 SAJA UNTUK ANDA SEMUA...
Thursday, December 22, 2011
my hero!
Tuesday, December 6, 2011
beza sebelum dan selepas
ramai orang tanya..camne lepas kawin..apa beza hidup lepas kawin ni?hmm dah berhari2 aku cuba karang ayat nak wat entry pasal perbezaan sebelum n selepas ni.terus terang la ek..susah aku nak jawab sebab aku xrasa banyak bezanya.hehee.almaklum la..hidup berjauhan ngan en suami.so tanggungjawab tu belum terlaksana lagi.pagi2 aku bangun macam biasa..brekfast dah disediakan oleh puan mummy.ahaks..tu lum tgk bekalan utk lunch tu..pun dah siap disediakan.memang rasa heaven sangat idup ngan family ni.dah kawin pun..belum tergerak hati aku nak sediakan sarapan sendiri.terima kasih mummy.tu yang anakanda mu ini rasa berat hati nak pindah johor.huahahaa.
balik umah pun sama..mummy dah siap masak utk malam.aiseh..nape mummy xtunggu noly balik masak.buat susah2 je.huahahaa.anak yg baik kan saya ni.en suami geleng kepala je bila dengar kerajinan isteri tercintanya ini.dia kata..bila la dia dapat dengar aku yang masak.hoho..sabor yer..nanti i masakkan untuk u.
tapi kan..tapi kan..apa yang aku rasa lain ialah..bab masa.memandangkan ktorg ni dok berjauhan..cuti2 malaysia aku sekarang ni kena berkait ngan en suami.dah xboleh nak plan tido seharian kat umah.dah kena bahagikan diri aku antara ipoh n kl.huuu..tu yang penat tu.kalau nak harapkan dia balik ipoh je..xadil pulak kan.nak xnak kena la pikirkan soal hati dan perasaan suma pihak.hati mummy n daddy..hati father n mother in law (ngeee)..hati kengkawan (eh kawan pun kena jga lagi ker..muahahaha..)
cite pasal balik kl..yang sebenornya aku rasa bertuah sebab dapat keluarga mertua yang boleh dikatakan OK..ok sebab apa..sebab diorg menerima i dengan hati yang sangat2 TERBUKA.berebut tu suma nak bawak aku keluar..sampai ada yang majuk2.kesian en suami..xdapat nak berdua2an ngan i..sabar yer..kita amik hati mereka2 dulu.ada masa nanti kita jalan2 cari pasal.duduk umah mertua untuk beberapa hari..xde wat aku rasa kekok pun.alhamdulilah..diorg sporting.menantu dia ni bgn kui 10 pun senyum jer.cam biasa..sarapan n lunch dah sedia...huaahh..heaven tau.ahahahaha.memang hampeh kan menantu ni sorg.sori mama papa..next week i jadi menantu yang solehah ok.kekekekeke.
adik beradik ipar??ha mereka2 pun ok je ngan aku.boleh la diajak bergurau kasar.aku je lum tunjuk taring..masih gelak tersipu2 bila diorg wat lawak.hikhikhik..sangat berlakon kan..haaha.cuma gaya ranggi diorang je yang wat aku segan.i kan ustazah pilihan..so gaya i macam maya karin dalam ombak rindu tu.rasa sangat kampung ok.
gaya menantu solehahhuhu.kena belajor ngan opah udaloli ni.dengarnya opah dia bergaya lebih anggun dari maya karin.huahaha..
beza dari segi fizikal???memang x la.orang kata lepas kawin sure hg gemuk.oh yeah??xde pun..xde pun.aku masih slim je.yang pelik nyer..cincin aku makin longgar.oii mana pegi tah suma makanan aku tu.berkumpul kat perut ni je..saja bagi aku malu sebab buncit.huhuhu.
oh benda paling penting lupa nak cite.aku dah berimamkan seorang suami time solat.syukur alhamdulilah aku dijodohkan ngan seorang lelaki yang boleh dijadikan imam dan ketua keluarga.semoga hubungan ini kekal dan rumahtangga ini dihiasi ngan keimanan..(tetiba ayat drama..)
p/s: to be continue sebab cik stickynote dah bising2 xsabar2 nak baca.bosan sgt katanya..haih..
Monday, November 28, 2011
i'm not single..

yahuu..aku dah tukar status PUAN...haha..gile poyo kan.honestly la..sblm kawin memang macam2 perasaan ada..takut..sedih..nebes..tp sekarang suma dah berakhir..n i'm so hepi with my new life.acece..serius hepi..dapat suami yang baik..rajin..penyayang..prihatin..(wah hebatnya dia..).walaupun dia xsekaya dah xsehensem lelaki2 idaman malaya..tp yang penting..dia sangat prihatin n mengambil berat hal2 sekeliling dia.xkira la pasal aku ataupun pasal keluarga aku.
terima kasih awak..kerana sudi memilih saya sebagai teman hidup.walaupun bermacam dugaan kita tempuh..tapi alhamdulillah..kita berjaya disatukan.
terima kasih yang x terhingga juga kepada keluarga saya..mak ayah..adik beradik..yang bertungkus lumus menjayakan majlis ni.xtergambar perasaan hepi n bahagia kerana dikelilingi keluarga yang sangat2 bahagia.thanks jugak kepada kawan2 yang sudi datang dr jauh utk memeriahkan majlis saya.sori la xdpt nak melayan kawan2 yg dtg dr jauh.semoga jasa kalian di balas Yang Maha Esa..sangat2 hepi tgk korg datang.
doakan hubungan saya dan suami diberkati dan kekal hingga ke akhir hayat....aminnn...
terima kasih awak..kerana sudi memilih saya sebagai teman hidup.walaupun bermacam dugaan kita tempuh..tapi alhamdulillah..kita berjaya disatukan.
terima kasih yang x terhingga juga kepada keluarga saya..mak ayah..adik beradik..yang bertungkus lumus menjayakan majlis ni.xtergambar perasaan hepi n bahagia kerana dikelilingi keluarga yang sangat2 bahagia.thanks jugak kepada kawan2 yang sudi datang dr jauh utk memeriahkan majlis saya.sori la xdpt nak melayan kawan2 yg dtg dr jauh.semoga jasa kalian di balas Yang Maha Esa..sangat2 hepi tgk korg datang.
doakan hubungan saya dan suami diberkati dan kekal hingga ke akhir hayat....aminnn...
Wednesday, November 16, 2011
kawan gumbira memang senang nak cari..
xnak cakap banyak..cuma aku nak cakap..zaman sekarang memang susah nak cari sahabat yang sanggup bersusah payah untuk kita.susah nak cari sahabat yang bila kita mintak tolong..cepat2 dia usahakan untuk tolong kita.bagi aku..bila orang tu cuba nak tolong..tapi berjela2 ayat dia kat belakang tu..itu ialah hint2 yang menunjukkan dia rasa beban nak tolong aku.so xpayah la nak merayu dia tolong kita.xpayah la aku nak detailkan pasal apa..n pasal siapa.cuma aku rasa rindu kat kawan2 yang sanggup berssh utk kawan2...suma jauh...jauhhhh...huhuh.time ni memang rasa nak menangis...
p/s:emosi makin xstabil...
Wednesday, November 9, 2011
service bertukar tangan..
apa perasaan korang bila nak kawin??excited..takut...sedih??aku...perasaan tu tengah bergabung dalam diri aku sekarang.EXCITED...sebab nak mulakan life baru ngan orang tersayang.TAKUT....takutkn cabran lepas berkawin..tanggungjwb n bla2.SEDIH...sebab lepas ni aku kena divide diri aku ngan 2 family.aku dah xboleh slalu nak spend together2 ngan family aku setiap kali raya or apa2 event sekalipun.part sedih ni yang slalu aku fikirkan..stat dr tahun lepas lagi.n semalam..bila mak ayah aku sebut pasal nak lepaskan tanggungjawab diorg lepas aku kawin nnt..buat aku sebak sesangat.aku rasa aku bukan la anak manja...tp dah 26 tahun...aku rasa aku dah dijaga ngan sangat elok.apa peraturan yang mak ayah aku tetapkan..memang buat aku rasa aku jadi anak yang baik la...(perasan jap..haha).kalau orang lain mungkin kata aku dikongkong..tapi aku rasa..mak ayah aku dah jalankan tanggungjawab diorang dengan sangat2 baik.so aku xtau la..en husband nanti dapat jaga aku sebaik mak ayah aku jaga aku.
n one more thing...aku ni memang banyak menyusahkan keluarga aku.dr sekecik2 hal..hingga sebesar2 hal..banyak yang aku harapkan orang lain buat untuk aku.sampaikn servis kereta...bayar duit kereta...col service center..suma tu aku suh ayah aku..or kakak aku yang buat.manja x manja la aku ni kan.so.........en husband nak buatkan suma tu x utk saya??????rasa2 dia nak buatkan x????mau kena penampor kan.huhuhu.banyak benda aku kena buat sendiri lepas ni..
banyak keputusan dalam hidup aku..melibatkan keluarga aku.kadang2 apa yang aku nak..xtercapai sebab dapat bangkangan.tp xpe..aku ikutkan sebab aku rasa suma tu terbaik utk aku.n yes..aku tetap rasa bahagia walaupun aku xdapat apa yang aku nak.this part pun aku rasa sdih jugak..sebab kalau en husband lepas tangan je ngan apa2 keputusan..mesti aku rasa aku ni xpenting.haih...pendek kata...apa2 yang melibatkan diri aku dan keluarga..memang benda yang terbaik dalam hidup aku.
biar la kawan2 kecik hati...biar la si dia kecik hati..yang penting..keluarga adalah keutamaan aku.xde sapa2 boleh replace tempat family aku.
Subscribe to:
Posts (Atom)
